Wednesday, June 19, 2013

Kanapa Isteri Berlaku Curang dan Suka Makan Luar?




KUALA LUMPUR: Kes suami atau isteri curang mungkin bukan perkara baru hingga timbulnya istilah ‘makan luar’ dan ‘kekasih gelap’ di kalangan masyarakat kita. Bagaimanapun, kini timbul pula ‘trend’ baru di kalangan isteri curang apabila mereka lebih berminat memburu lelaki warga asing yang bekerjaya profesional.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan empat isteri curang yang kini menjalin hubungan dengan lelaki warga asing, semuanya mengaku hubungan dengan kekasih masing-masing bukan setakat kawan biasa tetapi sehingga ke bilik tidur.

Alasan yang diberikan mereka di sebalik perlakuan keji itu ialah kecewa dengan sikap suami masing-masing yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, selain hilang kepercayaan terhadap kewibawaan lelaki tempatan.


KES 1

MONA, 30, mula bosan dengan sikap suaminya yang gagal menjadi ketua keluarga selain penat memberi peluang selama enam tahun untuk lelaki itu berubah, dan akhirnya mula menjalin hubungan dengan ‘mat saleh’.

Wanita bertugas sebagai pakar perunding kecantikan di ibu kota itu berjinak-jinak dengan mat saleh beberapa bulan selepas melahirkan anak angkara suami yang kerap lepas tangan dalam pelbagai perkara membabitkan rumah tangga serta tanggungjawab lain.

“Ia bermula pada 2004 apabila suami yang saya kahwini atas dasar cinta menunjukkan tanda tidak akan mengubah sikap lepas tangan dalam pelbagai perkara, selain gagal memimpin dan mendidik saya menjadi ‘isteri’.

“Saya mula mencari kenalan di laman web sembang dan sepanjang lima tahun ini saya berkenalan dengan enam lelaki mat saleh berasal dari Jerman, Sweden, Belgium, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Lima daripada mereka sanggup terbang ribuan kilometer semata-mata mahu menjalin hubungan dengan saya,” katanya.

Menurut Mona yang berasal dari Sarawak, ia juga berlaku selepas mendapati suaminya turut makan luar dan tidak kisah jika dia mempunyai kekasih gelap.
Suami Mona pernah memperkenalkannya dengan seorang lelaki mat saleh dan tahu isterinya turut mengadakan hubungan seks dengan warga asing terbabit.

“Walaupun suami isteri, kami seolah-olah hidup dalam dunia sendiri dengan masing-masing sibuk menjalin hubungan dengan sesiapa yang dianggap sesuai.
  
“Akhirnya saya bosan dan berharap suami berubah perangai demi menyelamatkan rumah tangga. Namun, ia tinggal harapan. Saya bukan mahu wang atau harta menggunung, sebaliknya setakat perhatian, kasih sayang selain mampu membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya kesal.

Menurut Mona, dia tidak memilih lelaki tempatan sebagai pasangan kerana beranggapan mereka sama saja dengan suaminya yang disifatkannya memiliki mentaliti lemah, tiada integriti selain mengharap hasil pendapatan isteri. Ini kerana suaminya bukan saja kerap bertukar-tukar kerja, malah gemar meminjam wang daripada ceti haram semata-mata mahu mengekalkan gaya hidup mewahnya.

“Selepas dua tahun berkahwin, baru saya tahu suami meminjam wang belasan ribu ringgit daripada ceti haram. Ketika itu baru saya tahu mengapa dia sering kekurangan wang dan meminta daripada saya, termasuk untuk makan.

“Akhirnya saya mengalah dan tidak mahu berharap dia berubah. Selepas menjalin hubungan dengan mat saleh, saya dapati mereka bukan saja matang, malah dalam banyak perkara menunjukkan tahap mental dan fizikal tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, Mona mengaku lima mat saleh yang dikenali dan menjalin hubungan dengannya hanya sekadar untuk seks dan keseronokan.

Mona kini serius menjalin hubungan dengan mat saleh keenam dalam hidupnya yang berasal dari Australia kerana beranggapan lelaki berusia lingkungan 40-an dan baru memulakan perniagaan di negara ini adalah orang yang dicari selama ini.

“Saya bersamanya sejak enam bulan lalu. Dengannya, saya diberikan perhatian, disayangi selain berasakan tidak disia-siakan.

“Mungkin saya boleh dianggap isteri curang, tetapi apa guna bersama suami jika dia juga main kayu tiga dan lebih teruk lagi, gagal memimpin saya sebagai isteri solehah. Malah, dia juga ada kalanya seolah-olah mengabaikan anak tunggal kami,” kata Mona.


KES 2

ANA, 29, berkenalan dengan Husin, 31, kira-kira setahun lalu selepas rumah tangganya bergolak angkara suami main kayu tiga dengan kenalan sendiri. Perkenalan di sebuah kafe sekitar ibu kota mendekatkan Ana dengan Husin yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat multinasional hingga kini.

“Ramai pandang serong pada Husin memandangkan dia warga Bangladesh, tetapi saya tidak. Apa yang saya lihat selepas setahun bersamanya ialah dia bertanggungjawab, tidak kebudak-budakan, gemar merancang masa depan dan matang.

“Sikapnya jauh berbeza dengan suami saya yang sering mengongkong, cemburu buta dan tidak memberi galakan dalam perkembangan kerjaya saya. Lebih menyakitkan hati, dia ada hubungan dengan perempuan lain di belakang saya,” katanya.

Menurut Ana yang berasal dari Perlis, dia bukan berniat untuk curang kepada suami yang dikahwini selama empat tahun, mencari lelaki lain bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan kemewahan, sebaliknya lebih kepada mencari kebahagiaan selama ini gagal ditemui bersama suaminya.

Ana yang tiada anak berkata, walaupun sebelum ini sukar bertemu Husin kerana gerak langkahnya dicurigai suami, dia kini gembira kerana semua itu berakhir.

“Kami dalam proses bercerai dan menunggu masa mendapatkan pengesahan rasmi daripada pejabat agama. Saya dan Husin merancang untuk berkahwin, tetapi bukan dalam masa terdekat. Kami juga tinggal bersama di sebuah kondominium di Ampang,” katanya.

Walaupun ada yang mencemuh tindakannya menjalin hubungan dengan lelaki asing, ia sedikitpun tidak menimbulkan masalah kepada Ana. Tambahan pula, Husin pandai menjaga hati keluarganya, biarpun mereka masih tidak tahu Ana merancang berkahwin dengan lelaki Bangladesh itu.

“Hanya abang yang tahu hubungan saya dan Husin serius. Saya pernah beberapa kali bawa Husin bertemu ayah dan ibu, tetapi tidak menyatakan dia teman istimewa, sebaliknya hanya rakan.

“Mungkin dalam masa terdekat saya akan maklumkan kepada mereka hubungan kami kerana yang penting, ia direstui. Saya serik dengan hubungan lalu dan mahu bina hidup baru bersama Husin,” katanya.


KES 3

MIA, 40, adalah isteri lelaki kaya. Dia memiliki segala-galanya, terutama kemewahan yang diimpikan setiap wanita. Namun, disebabkan suaminya tidak mampu memenuhi tuntutan nafsunya, dia bertindak ‘cari makan’ di luar.

Dia yang memiliki seorang anak berkata, semua yang dikehendakinya mampu ditunaikan suaminya, kecuali dalam hal memberi nafkah batin.

“Meskipun dikelilingi kemewahan, saya tidak puas bersamanya. Satu hari ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah, seorang lelaki warga Russia berusia 20-an menegur saya.

“Dia memuji penampilan dan gaya saya sehingga saya berasa bangga. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon sebelum pulang,” katanya.

Sejak itu, kata Mia, mereka kerap berhubungan melalui telefon dan SMS. Menurutnya, lelaki terbabit yang juga penuntut universiti tempatan di negara ini kerap memujinya selain sangat mengambil berat, romantik dan kacak.
  
Mia berkata, disebabkan faktor itu dia mula tertarik dengan layanan siswa terbabit sehingga hubungan yang dulunya boleh dianggap seperti ibu dan anak bertukar menjadi seperti suami isteri.

Lelaki Russia itu tempat Mia meluahkan perasaan selain memenuhi tuntutan gelora nafsunya. Malah, sampai satu tahap, Mia menyerahkan satu bisnes berkaitan dunia teknologi maklumat kepada teman lelakinya sebagai tanda kasih dan sayang.

Dalam tempoh hubungan itu, banyak kemewahan dilimpahkan kepada lelaki terbabit tetapi bagi Mia, yang penting dia puas dan gembira.

“Dia bukan saja menjadi pemandu saya, tetapi teman sekatil saya. Saya bangga dan gembira apabila bersama dengannya. Namun tanpa disedari, sedikit demi sedikit dia mengikis kemewahan saya.

“Suami tidak tahu perbuatan saya dan saya bernasib baik kerana tiada sesiapa tahu hubungan saya dengan lelaki ini,” katanya.

Menurut Mia, meskipun berbeza usia, lelaki yang digelar ‘baby boy’ itu menepati ciri-ciri lelaki idamannya.


KES 4

NISA, 38, mula mencari makan luar selepas suaminya kerap ke luar daerah kerana terbabit dalam aktiviti perniagaan. Meskipun ada anak, hidupnya kesunyian dan dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.

Apabila kerap ditinggalkan di rumah, Nisa yang bertudung litup menjadi bosan dan mula menjalin hubungan cinta dengan lelaki warga Pakistan yang datang ke rumahnya untuk menjual permaidani.

Perkenalan singkat itu membibitkan rasa cinta apabila lelaki berusia awal 40-an itu pandai mengambil hati dan menghiburkannya.

“Hubungan kami bukan sekadar jatuh cinta saja, tetapi sampai ke tahap melakukan seks. Dia lelaki baik dan mengambil berat perihal diri saya.

“Saya senang setiap kali bersamanya, malah rasa bosan apabila dia tiada di sisi. Sukar mempercayai apabila begitu mudahnya kami bercinta hingga ke tahap seperti hubungan suami isteri,” katanya.

Menurut Nisa, bukan dia tidak menyayangi suami, namun kesibukan suaminya mewujudkan rasa bosan melampau sehingga sesiapa saja yang mendekati dirinya dilayan.

“Sukar untuk saya mengikis perasaan cinta dan sayang kepada teman lelaki sekarang biarpun menyedari hubungan ini tidak kekal lama,” katanya.

Artikel : Hmetro


Kongsion9  p/s : Pada aku dalam kes ini, kedua-duanya silap.

Suami;
1)Tak berapa hensem tapi pandai melaram.
2)Tak pandai menjaga hari perempuan, mula-mula kahwin bukan main lagi, macam belangkas gayanya. Bila dah lebam, mulalah buat perangai.
3)Kurang romantis dan gagal memuaskan nafsu isteri.
4)Dah kahwin masih terikut dengan perangai orang bujang.
5)Tak pandai merancang, Selalu pokai. Duit asyik mintak bini.

Isteri;
1)Iman tak berapa nak kuat. Bertudung litip atau tak, sama saja. Kalau pandai ayat, cair semuanya. Mintaklah apapun, semuanya diberikan.
2)Pantang dipuji sikit, kembanglah bontotnya.
3)Sukakan kebendaan. Dulu masa hangat bercinta, tak ingat semua tu.
4)Sukakan yang lawa-lawa janji barang impot, jual karpet pun tak per.. asal pandai layan di ranjang.
5)Tidak setia kepada suami dan tak pandai jaga badan

@Apapun bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan selagi ada kesempatan.
Pohon dan berdoalah keampunan kepada Allah. Lakukan solat sunat taubat.
Sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita sebelum disapa Malikat Izrail.

Ambil pengajaran dari Peristiwa dan pengajaran Israk dan Mikraj.

...Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.


Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment