BEIRUT - Serangan di kejiranan Sheikh Masqsoud kelmarin
terus memuncak apabila seorang imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh
di bandar Aleppo, Syria.
source |
Dipetik AFP, Sheikh Hassan Seifeddin merupakan imam di
masjid Sheikh Masqsoud di kawasan utara Aleppo dipercayai dibunuh ketika sedang mengimamkan solat.
Jenazahnya juga dipercayai dipancung sebelum diheret
melalui jalan-jalan utama di bandar itu.
Agensi berita Sana melaporkan, Seifeddin dibunuh dan
badannya dikerat manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan
imam itu disembelih dan dipancung.
source |
“Kepalanya diletakkan di atas menara Masjid Al-Hassan
iaitu masjid yang sering dikunjunginya untuk memimpin solat,” menurut laporan
itu.
Pihak berkuasa Syria menuduh Kumpulan Pembebasan Syria
(FSA) bertanggungjawab terhadap
perbuatan itu kerana Seifeddin merupakan pemimpin pro-rejim Bashar Al Assad
yang setia.
Namun, FSA mengecam tuduhan itu dan mengesahkan mereka
tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.
Awal bulan ini, seorang lagi ulama pro-rejim, Dr Mohammed
Saeed Ramadan al-Bouti turut terbunuh dalam satu letupan di masjid dalam
kejiranan Mazraa di Damsyik.
@Manusia rakus telah banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Malah Islam mengajar sesungguhnya Islam itu adalah bersaudara...;
Hadis
Maksud Hadis;
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu,
benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah
sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi
hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan),
membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk
ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia
menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram
darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
***********
“Do not be envious of one another; do not artificially inflate prices against one another; do not hate one another; do not shun one another; and do not undercut one another in business transactions; and be as fellow-brothers and servants of Allah.
A Muslim is the brother of a Muslim. He neither oppresses him nor humiliates him nor looks down upon him. Piety is here – and he pointed to his chest three times. It is evil enough for a Muslim to hold his brother Muslim in contempt. All things of a Muslim are inviolable for another Muslim: his blood, his property and his honour.”
No comments:
Post a Comment