Saturday, June 29, 2013

Remaja dipenjara 8 tahun kerana komen melampau di laman sosial Facebook




Justin Carter berusia 18 tahun pada bulan Februari lalu apabila dia bergaduh dengan rakannya di laman sosial Facebook mengenai permainan video dalam talian “League of Legends”. Apa yang tidak diketahuinya, komennya yang berunsur ugutan dipandang serius oleh pengguna Facebook dan telah melaporkan kepada pihak polis dan kini Justin sedang menghadapi hukuman penjara lapan tahun gara-gara komen melampaunya.

Seorang rakan telah menulis di lama Facebook Justin ’Oh you’re insane, you’re crazy, you’re messed up in the head,’ dan nasib malang menimpa Justin apabila komennya yang berbunyi ‘Oh yeah, I’m real messed up in the head, I’m going to go shoot up a school full of kids and eat their still, beating hearts,’ ( memang saya gila, saya akan tembak kanak-kanak yang berada di sekolah dan makan jantung mereka ) tetapi menulis ‘LOL , JK ‘ selepas meletak komen tersebut.

Ayah Justin mengatakan wanita itu melakukan carian Google dan mendapat alamat lama anaknya adalah berhampiran sebuah sekolah rendah dan dia membuat panggilan polis. Justin Carter ditangkap sebulan selepas itu dan telah dipenjarakan sejak 27 Mac. Dia didakwa membuat terrorist threat  dan menghadapi hukuman lapan tahun penjara, kata ayahnya. Ayahnya juga berkata yang komen Justin hanyalah jenaka yang dibuat oleh remaja yang tidak membaca akhbar dan tahu mengenai peristiwa semasa. Jadi, berhati-hati sebelum memberi komen di laman sosial Facebook. – Huffington Post

No comments:

Post a Comment