Wednesday, June 26, 2013

Kes Seks Bawah Umur: Bekas PM Italy Berlusconi Ddipenjara 7 tahun

Berlusconi didapati bersalah kerana melakukan hubungan
seks dengan pelacur bawah umur, Karima El Mahroug.

MILAN - ITALI. Mahkamah Milan menetapkan tujuh tahun penjara kepada bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang dituduh melakukan hubungan seks bersama pelacur bawah umur dan salah guna kuasa, kelmarin.

Berlusconi bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di luar Milan ketika masih memegang jawatan perdana menteri.

Beliau turut diharamkan dari memegang sebarang jawatan awam seumur hidup.
Bagaimanapun, beliau masih boleh mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijalankan dalam beberapa bulan lagi.

Berlusconi tidak lagi memegang sebarang jawatan rasmi kerajaan Itali, tetapi masih berkuasa selepas partinya menang pada pilihan raya, Februari lalu.


“Saya yakin akan dibebaskan dan tidak mungkin bersalah berdasarkan bukti yang ada.,” tegas Berlusconi dalam satu kenyataan dalam PressTV.


No comments:

Post a Comment