Terjumpa iklan sensasi ini di laman sawang, terkedu juga
sekejap.. apadah jadi dengan negara contoh Islam Hadhari yang dipeloporkan oleh
mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, berjuta wang telah dicurahkan untuk diadaptasi
dan mempromosikan wawasan itu sebenarnya.
Sudah menjadi tren, seorang pemimpin akan mencari satu mekanisma
semasa kekuasaannya. Dr M dengan wawasan 2020 nya, Pak Lah dengan Islam Hadhari
nya, terbaru Najib dengan 1Malaysia nya. Jika ada yang sudah lupa apa itu Islam
Hadhari, disini digariskan semula...
Islam Hadhari atau
"Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan
Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru,
bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan
umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan
Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.
Tujuan
Visi:
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Misi:
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam
yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Objektif:
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke
hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Berbalik kepada iklan yang dipamirkan di Melaka itu, akan
menjahanamkan visi yang telah dipelopori oleh Pak Lah itu. Atau sememangnya
negeri Melaka ini medan untuk berbuat maksiat?
Bertepatan pula dengan penubuhan sebuah Sekolah khas
untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka di Jasin telah
dibuka pada 17/09/2010 untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke
situ.
Adalah tidaklah mustahil jika perkara ini tidak
dibendung, maka ‘Sekolah Harapan’ itu
akan terus bertambah pelajarnya. Mungkin juga pelajarnya lebih berpengalaman dari guru itu sendiri?
foto hiasan, pelajar dengan perut yang bulat! |
No comments:
Post a Comment