Friday, June 7, 2013

Misteri Altantuya Kembali Tagih Jawapan





70 orang ini mewakili 2.7 juta penduduk Mongolia yang juga cucu cicit Genghis Khan dan Kublai Khan juga ingin tahu macamana magic boleh berlaku di bumi Malaysia? Dari elok-elok hidup boleh jadi mayat tanpa kubur... sebenarnya bukan saja orang Mongolia... 28 juta rakyat Malaysia juga ingin tahu sebenarnya...

Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua
anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
-malaysiakini

No comments:

Post a Comment