Tahniah
kepada kerajaan BeeEnd yang sememangnya amat prihatin dan sedia mendengar
denyut nadi rakyat. Hadiah yang tidak ternilai buat rakyat yang telah memberi undi
dan peluang untuk menyambung talian hayat pada 5 tahun akan datang…
Perlu
difikirkan juga tambang keretapi, kapalterbang, teksi dan rakan yang sewaktu
dengannya. TQ BeeEnd!
Tambang bas raya bakal
naik
SERI KEMBANGAN -
Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan
ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.
Pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed
Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan
nilai yang akan dinaikkan.
“Setiap tahun pada
musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang
kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi
dan kosong bila balik.
Jadi, ini yang
perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak
dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.
Beliau berpendapat,
syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan
sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan
oleh industri pengangkutan awam komersial itu.
“Sebelum buat
keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat)
lebih seimbang,” katanya.
-sharian
No comments:
Post a Comment