NILAI – Serbuan Jabatan Imigresen di sebuah
unit apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin di Mantin dekat sini malam kelmarin
membongkar rahsia seorang wanita warga tempatan yang bersekedudukan dengan
teman lelakinya seorang warga Nigeria.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah
malam itu, wanita berusia 26 tahun itu didapati sedang berdua-duaan dengan
seorang lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal
Fazri Othman berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan tidak
mempunyai sebarang hubungan yang sah dan lelaki itu juga didapati tinggal lebih
masa di negara ini.
Katanya, pihaknya menahan wanita yang
berasal dari Selangor itu kerana disyaki melindungi teman lelakinya seorang
warga asing.
Semasa disoal siasat wanita itu mengaku
lelaki warga Nigeria terbabit teman lelakinya dan mereka sudah tinggal di rumah
itu sejak beberapa bulan lalu. Wanita yang mahu dikenali sebagai Wati berkata,
teman lelaki yang dikenalinya sejak enam bulan lalu di sebuah pusat beli-belah
di Selangor itu disifatkannya sebagai budiman, lebih menyayangi dan pandai
memikat hatinya.
Atas sebab itu, dia mengambil keputusan
untuk bersama lelaki berkenaan biarpun mengetahui perbuatannya itu bertentangan
di segi agama kerana baginya kasih sayang dari teman lelakinya mengatasi
segala-galanya.
"Saya pernah berkahwin dengan lelaki
tempatan tetapi malangnya dia seorang penagih dadah tegar. Malah sepanjang saya
hidup dengannya, dia sering mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami
dalam memberikan nafkah.
"Saya sangat kecewa dan kerana itulah
saya mengambil keputusan untuk bersama dengan teman lelaki saya. Bagi saya
bukan soal wang menjadi ukuran tetapi lebih penting dia amat melindungi saya
dan lebih terbuka terhadap saya,".
“Wanita itu juga mengaku dia tertarik
dengan layanan lelaki terbabit sehingga sanggup untuk tinggal serumah,” katanya
di sini semalam.
source:kosmo
No comments:
Post a Comment