Bila rumah sudah disiapkan, tukul dan pahat pula berbunyi!
Dulu heboh dicanangkan, yakin dan pasti bahawa ini calon boleh menangkan BN,
Maka sibuklah berkempen, menghemtam sana dan sini,
Sombong bin bongkak pun ada, Tapi hanya dapat sokong yang rapuh
Rupanya diri sudah bertukar menjadi duri, bahasa yang
paling mudah, seperti..
Duri dalam daging! Selagi tidak dibuangkan,
duduk diam-diam pun sakit, jika bergerak lagi sakit...
'Pencalonan Zul
Noordin strategi yang lemah'
Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin
bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu
adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum
malam tadi.
"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan
dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.
"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan
Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita
mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa
strategi MIC, Madhu Marimuthu.
Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping
Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkifli merupakan satu
keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami. Bagaimanapun,
beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.
"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya
tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.' -malaysiakini
No comments:
Post a Comment