Hadis ialah segala perkataan, perbuatan, ketetapan
dan persetujuan dari NabiMuhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum
dalam agama Islam. Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain
Al-Quran, Ijma dan Qiyas. Hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Quran)
Hadis juga berfungsi untuk menjelaskan apa yang terkandung dalam al-Quran. Contohnya
ayat yang bermaksud ‘Dirikanlah Solat’
dijelaskan oleh Rasulullah melalui hadisnya tentang kaifiat dan cara menunaikan
solat).
Jenis-jenis Hadis
Berdasarkan pada kekuatan sesuatu hadis, hadis
dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
- Hadis maqbul atau hadis yang diterima.
- Hadis mardud atau hadis yang ditolak.
1. Hadis Sahih
Hadis yang bersambung sanadnya dari mula hingga
akhir dan tidak boleh bertentangan dengan hadis yang mutawatir dan ayat-ayat Al-Quran)
manakala perawinya pula haruslah:
- Baligh
- Berakal
- Sempurna hafalan
- Berlaku adil
- Taat kepada perintah Allah dan sentiasa menjauhi perbuatan-perbuatan yang mendatangkan dosa.
Hadis yang berhubung/bersambungan sanadnya dari
mula hingga akhir dan perawi-perawinya bersifat seperti Hadis Sahih tetapi
mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
Hadis mardud pula terbahagi kepada 2 iaitu:
i). Hadis Dhaif
Hadis dhaif ialah hadis yang kurang atau lebih
syaratnya daripada hadis sahihatau hasan. Hadis dhaif tidak digunakan oleh para
ulama sebagai sumber hukum)
ii). Hadis Palsu
Sebenarnya hadis palsu tidak layak dipanggil hadis
memandangkan hadis palsu merupakan penyelewengan nyata yang cuba dilakukan oleh
sesetengah pihak tertentu.
Hadis Sahih
Hadis sahih terbahagi kepada 2 iaitu:
i). Sahih Lizatihi merupakan hadis yang kuat dengan
sendirinya tanpa sokonganatau diperkuatkan dengan keterangan lain memandangkan
hadis sahih lizatihisendiri sudah cukup kuat untuk digelar sebagai hadis sahih)
ii). Sahih Lighairihi merupakan hadis yang mencapai
status hadis sahih kerana diperkuatkan dengan keterangan lain. Contohnya: Kalau
tidak menyusahkan umatku, maka akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak
setiap kali hendak menunaikan solat.´ (H.R. Hasan)
Berdasarkan sanadnya, hadis tersebut merupakan
hadis hasan, tetapi kerana diperkuatkan dengan riwayat Bukhari, maka hadis
tersebut menjadi hadis sahih lighairihi.
Hadis Hasan
Hadis hasan juga terbahagi kepada 2:
i). Hasan Lizatihi merupakan hadis yang dengan sendirinya
menjadi hadis hasandan tidak diperkuatkan dengan keterangan lain untuk menjadi
hadis hasan)
ii). Hasan Lighairihi merupakan hadis yang diperkuatkan
dengan keterangan lainuntuk mencapai status hadis hasan. Contohnya, Sembelihan
bagi janin dalamperut haiwan yang bunting, cukuplah dengan menyembelih ibunya
sahaja.´(Hadis Riwayat beberapa Imam, antara lain, Tirmizi, Hakim dan
Darimi)Jika dilihat daripada sanad Imam Darimi, Darimi meriwayatkan daripada
Ishakbin Ibrahim daripada Itab bin Basir daripada Ubaidillah bin Abu Ziyad
daripada Abu Zubair daripada Jabir daripada Rasulullah S.A.W. Nama yang di
atas,semuanya merupakan perawi yang baik, melainkan Ubaidillah bin Abu
Ziyadbukanlah seorang yang cukup bagus sebagai perawi
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis hadis yang
dikenali dangan nama lain:
- Hadis Maudhu
- Hadis Jayyid
- Hadis Mursal
- Hadis Mauquf
- Hadis Mutawatir
- Hadis Masyhur
- Hadis Muttasil
- Hadis Mahfuz
- Hadis Muajwwad
- Hadis Tsabit
- Hadis Salih
- Hadis Mudha’af
- Hadis Ahad
Hadis yang diriwayatkan oleh sesetangah dengan
mendustakannya dari Nabi saw padahalnya nyata tidak. Hadis ini turut digelar
Hadis Palsu yang mana periwayatannyamengandungi motif-motif tertentu)
Berikut merupakan antara faktor pemalusan hadis
berlaku:
- Perbezaan politik
- Kaum yang berdasarkan kepercayaan
- Penyelewengan oleh pembidaah
- Penyelewengan oleh penglipur lara
- Sebab-sebab peribadi
- Peribahasa yang ditukar menjadi hadis
Hadis yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli dan
para penyelidik hadis)
Hadis Mursal
Hadis yang diriwayatkan oleh tabi’in dengan
mangatakannya bahawa sesuatu hadis itu diriwayatkan secara terus daripada Rasulullah
S.A.W. padahal mana mungkin tabi’in pernah bertemu dengan Nabi S.A.W.
memandangkan tabi’in ialah orang yang tidak pernah bertemu Nabi S.A.W.
Hadis Mauquf
Perkataan dan perbuatan para Sahabat yang
disampaikan sebagai nasihat. Contohnya, kata-kata Saidina Umar al-Khattab,
Hendaklah kamu sekalian mengerjakan perintah Allah dan Rasulnya. Hadis
mauquf tidak boleh dijadikan dalil dalam
agama)
Hadis Mutawatir
Hadis yang mempunyai banyak sanad dan tigak diragui
langsung akan kesahihannyamemandangkan sesetengah hadis itu sanadnya terlalu
banyak sehingga adalahmustahil untuk perawi hadis seramai itu bersepakat untuk
memalsukan hadis tersebut.Hadis mutawatir juga selalunya jumlah sanadnya tidak
diketahui, namun yang pastiadalah sandnya sangat banyak seperti; “Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan
sengaja, maka tempatnya adalah di neraka.” (H.R. Bukhari, Muslim,
Ad-Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi, Abu Hanifah, Tabrani dan Hakim).
Menurut para ulama, hadis ini telah diriwayatkan
oleh lebih seratus orang Sahabat dan mempunyai seratus sanad yang berlainan.
Namun, jumlah hadis mutawatir tidak banyak. Hadis mutawatir juga terbahagi
kepada 2:
- Mutawatir Lafzi; perkataan Nabi
- Mutawatir; Amali; perbuatan Nabi
Hadis yang diriwayatkan oleh berbilang perawi
hadis; sekurang-kurangnya 3 orang ataupun mempunyai 3 sanad yang berlainan)
Contohnya, Orang Islam ialah orang-orang yang tidak
mengganggu orang Islam lain dengan lidah dan tangannya. (H.R. Bukhari, Muslim
dan Tirmizi)
Sanad Bukhari, iaitu Bukhari daripada Adam,
daripada Syubah, daripada Abdullah bin Abu Safar, daripada As-Syabi, daripada
Abdullah bin Amir, daripada Nabi Muhammad S.A.W.
Sanad Muslim, iaitu Muslim daripada Sa'id, daripada
Yahya, daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa, daripada Nabi Muhammad S.A.W.
Sanad Tirmizi, iaitu Tirmizi daripada Qutaidah,
daripada Al-Lais, daripada AI Qa'qa, daripada Abu Salih, daripada Abu Hurairah,
dari Nabi S.A.W.
Hadis Muttasil
Hadis muttasil ialah hadis yang berhubung dan bersambung
sanadnya dan setiap perawi yang meriwayatkan hadis itu mendengar daripada orang
yang meriwayatkan hadis itu sendiri sehingga sampai kepada Nabi S.A.W. dan para
Sahabat.
Hadis Mahfuz
Hadis yang terpelihara yang mana mereka yang
meriwayatkan hadis tersebut, adalah mereka yang mempunyai kepercayaan yang
tidak bertentangan dengan kepercayaan golongan lain). (tidak ada kepentingan
peribadi).
Hadis Muwajjad
Merupakan nama lain bagi hadis sahih.
Hadis Tsabit
Merupakan nama lain bagi hadis hasan.
Hadis Salih
Hadis yang status kesahihannya setingkat di bawah
hadis hasan, namun tidak terlalu lemah. Contohnya, "Barang siapa yang
menyembunyikan ilmu yang diketahuinya, maka dia akan dikekang dengan api neraka
pada hari kiamat." (H.R. Ibnu Majah) Menurut Tarmizi, hadis ini dikenali
sebagai hadis salih.
Hadis Mudha’af
Hadis yang lemah matan dan sanadnya. Contohnya,
"Asal setiap penyakit adalah dingin." (H.R. Anas dengan sanad yang
lemah).
Hadis Ahad
Hadis Ahad ialah sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnya ketika masih lagi di
peringkat para Sahabat.
Ini berbeza dengan Hadis Mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkanoleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya.
Ini berbeza dengan Hadis Mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkanoleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya.
Artikal Berkaitan: Cara Membezakan Hadis Sahih, Hasan, Dhaif dan Palsu.
No comments:
Post a Comment