Saturday, June 1, 2013

Wings Kini Seronok BerScuba Pulak Dah!






Bertungkus-lumus membuat persediaan serta menjayakan Konsert Wings Rockestra 2013 di Istana Budaya bulan lalu sememangnya memenatkan.

Tidak mahu menunggu lama, kumpulan Wings segera mengubat lelah dengan bercuti. Pilihan mereka agak unik iaitu melakukan aktiviti menyelam bersama-sama untuk menikmati keindahan dasar laut.

Selama empat hari tiga malam bermula pada 8 Mei hingga 11 Mei lalu, Awie, Joe, Eddie dan Black berkampung di Pulau Tinggi dekat Mersing, Johor untuk aktiviti riadah yang sudah lama menjadi minat mereka ini.

Menariknya, kumpulan yang sudah bersahabat lebih 30 tahun ini turut membawa bersama anggota keluarga masing-masing sebagai cara mengeratkan hubungan sesama sendiri.

Wings bertuah kerana percutian mereka termasuk dalam Program Cuti-Cuti 1Malaysia

Celebrity Dive @ Johor anjuran Tourism Malaysia Johor. Ia acara tahunan bertujuan meningkatkan sektor pelancongan pulau-pulau di Johor yang mempunyai 14 buah pulau semuanya.

Dalam kumpulan ini, Black paling mahir kerana sudah menyelam lebih 30 meter di dasar laut. Bahkan dia sudah menerima pengiktirafan sebagai ‘Rescue’ dalam aktiviti ini.

“Saya aktif sejak 2008 lagi melalui pelawaan seorang kawan. Selepas itu saya ajak pula Eddie dan kami ambil lesen selam scuba di Pulau Tioman sebelum disusuli oleh Awie dan Joe.

“Aktiviti ini tak berbahaya sekiranya kita ikut arahan keselamatan yang ditetapkan. Apatah lagi jurulatih yang ditugaskan mengawal kita sangat berpengalaman.

“Saya sudah menyelam di banyak pulau di Sabah, Pahang dan Terengganu dan mendapati kesemua khazanah lautnya sangat cantik. Di kawasan sekitar Pulau Tinggi pun sama keadaannya,” katanya.

Menurutnya, pemandangan di dasar laut 10 kali lebih cantik dari di daratan. Ini antara faktor Black turut menggalakkan anaknya menceburi aktiviti ini dan mempunyai lesen selam scuba.

Bagi Awie pula, dia mula terbabit dengan aktiviti selam scuba selepas dipelawa rakan baiknya, Hans Isaac dan Afdlin Shauki yang merancang menerbitkan sebuah filem mengenai aktiviti ini. Bagaimanapun perancangan ini tidak menjadi kenyataan.

“Saya ambil lesen di Pulau Tioman dan terus melakukan aktiviti menyelam. Bagaimanapun saya agak sukar untuk terus menaik taraf lesen sedia ada kerana sibuk dengan aktiviti seni.

“Lainlah Joe dan Black kerana mereka memang serius dalam aktiviti ini. Kali terakhir saya ikut serta pun dua tahun lalu kerana sepanjang tahun ini jadual saya penuh dengan berlakon filem dan teater.

“Bila diberitahu ada program ini, saya cuba juga luangkan masa demi kawan-kawan untuk jangkamasa yang lama. Selain itu saya dapat juga merehatkan diri selepas penat bekerja,” katanya.

Awie turut memuji keindahan karang di Pulau Tinggi dan menyifatkannya sebagai lokasi baru untuk penyelam serta minta promosi mengenai tempat ini perlu diperluaskan.

Menjawab pertanyaan mengenai ketiadaan keluarganya, dia menjelaskan faktor anak-anaknya masih kecil dan bersekolah membuatkan dia sukar membawa mereka mengikuti aktiviti ini.

Joe adalah individu penting yang membawa Wings ke sana dan dia berbangga apabila Tourism Malaysia Johor memberi kepercayaan kepada syarikatnya, Anggerik Event untuk menjayakan program ini.
Awal Kemunculan kumpulan Wings

“Ini adalah ‘first job’ saya dalam penganjuran aktiviti menyelam. Program Cuti-Cuti 1Malaysia Celebrity Dive ini disediakan khas buat Wings. Ia adalah untuk membantu mempromosi keindahan pulau-pulau di Johor.

Diantara Lagu Hits Mereka..





Lagu yang menaikan Kumpulan ini, Dengarkan petikan Gitar solo dari Joe.. aduyai; jom layan...

No comments:

Post a Comment