Kepala mangsa dalam bulatan |
Berita ini telah dicetak pada tahun lepas, tapi aku rasa
ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. Berita ini ada sarat dengan
moralnya kerana isu hak pertahankan maruah. Jika suaminya mengetahui perkara
ini, dan bertindak hanya berdiam diri boleh dianggap *dayus.
Salute kepada wanita yang berani itu, dan malang buat
perogol yang sengaja menempah bala. Kejadian ini boleh disifatkan sebagai
jenayah terancang, yang dilakukan berulang kali dengan niat untuk menindas. Sebagai
pengajarannya, jangan sekali berfikir yang lemah itu tiada kekuatannya. Bak
kata orang lama; Kecil jangan disangka
anak, besar jangan disangka bapa.
Wanita Turki Tembak Alat Sulit, Penggal Kepala Perogol
SEORANG
wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana
memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama
lapan bulan. Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata
peguamnya.
Nevin
Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di
barat daya Turki. Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu,
Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas
suaminya meninggalkannya untuk bekerja di bandar lain.
Tambah
sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan
membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.
“Selepas
itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus
berulang selama lapan bulan.
“Pada
satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia
sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan
badannya yang sedang berbadan dua.
“Lebih
kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat
kepadanya,” kata sumber itu lagi.
Di
kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah
segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.
Sementara
itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya
kepada keluarganya.
Pada
28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya
memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya. Ketika
Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol
saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.
Nevin
berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di
dinding dan menembaknya. Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu
tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.
"Saya
mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang
kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.
“Saya
tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.
Saksi
kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki
itu sambil menggenggam rambutnya.
"Jangan
bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.
"Ini
ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya
kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.
Nevin
kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.
Tidak
lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat
kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas
tanah. Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan
dan wanita itu ditangkap.
Nurettin,
35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia
telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin. Menurut sumber, ketika diadili,
Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.
"Pada
mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada
pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai
perempuan murahan.
"Daripada
saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan
maruah diri saya dan membunuhnya.
“Saya
juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,”
kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang
berlaku.
"Sekarang
tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.
"Saya
telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya
sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.
Tambah
sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan
pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan
hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.
Pemerhati
Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10
minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk
kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes
kerosakan janin sahaja.
Sewaktu
kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela
mati.
Pejabat
pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya
untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin
mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.
Bapa
Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada
elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.
"Jika
dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain,"
katanya.
Sementara
itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari
perbicaraan. Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi
Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana
gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.
Mereka
mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di
bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami
keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.
“Dia
telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.
“Dia
mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di
Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali
Kayir.
*Diterjemah
dari laporan CNN
@Pengertian *Dayus;
Telah menceritakan oleh imam Ahmad dan Nasaie dan Hakim
daripada Ibnu Umar, "Tiga orang yang telah mengharamkan oleh ALLAH
tabaroka wa taala akan mereka itu masuk ke dalam syurga. Pertamanya orang yang mengekali minum arak, keduanya orang menderhakai bagi kedua ibu bapanya,
dan yang ketiganya ialah orang yang dayus
yakni orang yang membiarkan ahlinya(keluarganya) melakukan kejahatan zina
sedangkan dia mengetahui perbuatan ahlinya tersebut."
No comments:
Post a Comment