PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI SELURUH DUNIA
PATTANI, Kezaliman yang
Tidak Berperikemanusiaan yang Dilakukan Ke Atas Umat Islam Thailand
Kawasan pergunungan dan perhutanan Pattani adalah yang terkaya di Thailand,
dan ia menjadi sumber 35 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Namun
demikian, umat Islam Patani, yang membentuk kira-kira 10 peratus daripada
keseluruhan populasi seramai 55 juta orang, sedang ditekan dan ditindas sejak
200 tahun, dan kini sedang berhadapan dengan polisi genocide.
Penderitaan umat Islam Pattani yang pertama bermula pada tahun 1782 apabila
Dinasti Rama mula berkuasa di Pattani. Dinasti ini memindahkan ibu negaranya ke
Bangkok dan seterusnya mewujudkan sebuah sistem pentadbiran moden.
Pada waktu itu, pergaduhan berlaku di antara umat Islam Pattani dan
masyarakat tempatan yang dikenali sebagai orang-orang Siam, dan ia berlarutan
selama beberapa hari. Banyak bandar-bandar Pattani yang habis dibakar, ibu
pejabat militarinya dimusnahkan, dan kira-kira 4,000 orang umat Islam Pattani
dipenjarakan oleh Siam sepanjang tempoh berlakunya pergaduhan itu.
Siam dengan kejam mendera mereka yang dipenjarakan, membawa mereka ke
Bangkok dengan mengikat di antara satu sama lain dengan tali yang yang
dikenakan pada telinga dan kaki mereka dengan menggunakan jarum, dan memaksa
mereka bekerja mengorek terowong tanpa diberikan sebarang peralatan dan
perkakasan. Sultan Pattani turut dibunuh dengan kejam oleh Siam.
Thailand telah terbahagi kepada 7 kawasan selepas peperangan, dan Pattani
dipaksa membayar cukai, dan berada selama 70 tahun yang berikutnya di bawah
kawalan Siam. Umat Islam Pattani mendakwa bahawa mereka bukannya berbangsa
Siam, dan mereka juga bukannya berbangsa Thailand, tetapi lebih kepada
Indonesia dan Malaysia.
Sebenarnya, mereka menggunakan Bahasa Melayu, iaitu bahasa umat Islam
Malaysia. Walaupun bahasa tersebut telah ditulis dalam huruf Arab selama
beratus-ratus tahun, mereka telah dipaksa untuk menggunakan huruf Roman oleh kerajaan Thailand.
Pada tahun 1909, Siam menganugerahkan kepada Pattani sesuatu yang kononnya
dipanggil kemerdekaan, walaupun polisi menindas oleh kerajaan Thailand tidak
berubah sama sekali. Umat Islam Pattani bangkit bagi menuntut kemerdekaan
sebenar selama berkali-kali, tetapi pasti dikalahkan dengan kejam sekali, lalu
menyebabkan mereka berhijrah beramai-ramai ke Malaysia.
Lebih dari 36,000 umat Islam telah dibunuh setakat ini dalam pembunuhan di
Patani. Jumlah mereka yang cedera dan cacat adalah jauh lebih tinggi. Umat
Islam Patani masih berjuang bagi mempertahankan identiti keIslaman mereka.
Para pemerintah Thai terus menjalankan polisi menekan dan asimilasi yang
bertujuan untuk memadamkan identiti Islam Pattani.
Tindakan yang pertama berlaku pada tahun 1932, apabila
pertubuhan-pertubuhan pendidikan Islam telah diharamkan dari menjalankan
sebarang kegiatan. Polisi penghapusan yang lebih besar telah dimulakan pada
tahun 1944, dan mengakibatkan umat Islam Pattani dan ahli keluarga mereka
dibunuh dengan kejam oleh para penganut Buddha.
Pengamalan rukun-rukun Islam dilarang sama sekali, dan ajaran Buddha mula
disebarkan kepada masyarakat. Ajaran Buddhisme menjadi wajib di
sekolah-sekolah, dan para pelajar Islam dipaksa mengamalkan ajaran-ajaran Buddha.
Selama bertahun-tahun, para pemerintah Thailand telah melakukan pembunuhan
beramai-ramai ke atas umat Islam Pattani. Pada tahun 1944, 125 buah keluarga
Islam yang tinggal di Belukar Semak telah dibakar hidup-hidup.
Polisi-polisi asimilasi yang dilaksanakan oleh Thailand dapat dilihat dan
dirasai dalam setiap aspek kehidupan. Banyak menara-menara yang diruntuhkan di
Pattani.
Sebagai sebahagian daripada polisi asimilasi ini, keseimbangan demografi di
kawasan Pattani turut diubah apabila orang-orang Buddha digalakkan supaya
berpindah ke sana. Patung Buddha terbesar di Thailand telah ditegakkan di
Pattani, dan umat Islam dipaksa supaya menyembahnya. Sesiapa yang enggan telah
dibunuh atau dicampakkan ke Kota River.
Pada masa yang sama, tempat perlindungan pejuang kebebasan Pattani telah
diruntuhkan oleh kerajaan Thailand dan beratus-ratus rakyat Pattani yang tidak
bersalah telah didera. Para ulama Islam yang terkenal telah mati di bawah
keadaan yang sangat mencurigakan di pusat-pusat kesihatan milik kerajaan
Thailand. Pembunuhan dan kehilangan yang tidak berkesudahan sudah menjadi darah
daging kehidupan.
Perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan oleh umat Islam Pattani, yang
sedang mengalami penderitaan, bermula selepas Perang Dunia II dan berterusan
sehingga ke hari ini.
Apa kata Pejuang;
Pihak ASEAN,OIC dan negara-negara berkepentingan harus menerima hakikat
bahawa penyelesaian masaalah Patani harus diambil kira Aspirasi rakyat Melayu
Islam Patani (tuan bumi yang sebenar). Bukan sekadar menjaga maruah Thailand,
pembangunan dan kepentingan kapitalis-kapitalis Thailand dan Malaysia sahaja. Jangan
hanya memikirkan takut kehilangan hasil minyak yang selama ini di faraidhkan
antara Malaysia dan Thailand. Haruslah mula memikirkan penyelesaian jangka
panjang yang natijahnya akan menguntungkan semua pihak. Satu formula bersama
boleh dirangka yang bakal meletakkan situasi win-win.
1) .Aspirasi rakyat Patani ialah mahu di iktiraf sebagai manusia yang
bertamaddun bukan dilayan seperti binatang ternakan seperti sekarang dan
dijadikan Pawn atau badut bagi politik negara-negara jiran. Orang Patani di
sembelih dan dihina dinegara sendiri dan dianggap pendatang yang bermasaalah
dinegara jiran. Pemimpinnya diumpan untuk dijadikan alat bagi tujuan tertentu. Pemimpin
Partai-partai perjuang dilaga-laga kan bagi tujuan ugutan untuk mendapat
maklumat. Bangsa Patani harus diberi hak memilih hala tuju sendiri ‘a.k.a’
bernegara bebas.
2).Berlawanan dengan pandangan saudara Zulkiflee Bakar bahawa penjajah
Thailand sentiasa berusaha mencari penyelesaian bagi kemelut Patani; sebenarnya
mereka mencipta drama bersiri bagi mengelabui dunia dengan pelakun utamanya
terdiri dari pemimpin dan bekas pemimpin pejuang, bekas wakil-wakil rakyat
Melayu, golongan Tok guru palsu, pemimpin Wahabi dan NGO-ngo Islam yang di
tubuh oleh mereka-mereka yang selama ini sentiasa bersengkokol dengan penjajah
Thailand. Pengarah-pengarahnya terdiri dari pegawai tinggi dan perisik tentera
Thailand dan tangan-tangan ghaib dari negara jiran.
3).Konsultasi bagi mendapat konteks dengan pejuang-pejuang sebenar harus
dibuat secara serius dan tidak sebagai helah untuk mengenali siapakah pemimpin
sebenar. Jangan menggunakan perantaraan badut-badut (waklong dan pak dogol)
yang selama ini mencari makan sebagai broker-broker dan mereka ini ada Tuan
samaada di Bangkok atau di negara jiran.
4.) Sebenarnya perjumpaan dengan Takhsin adalah ajenda penjajah untuk
merisik dan mencari jalan bagi merintis jalan kearah perbincangan yang lebih
serious. Akan tetapi kerana perjumpaan itu telah atur dan dihijack oleh
golongan tertentu bagi menggagalkan proses seterusnya. Ianya berlaku mengikut
script yang telah ditetapkan oleh golongan tertentu. Kesudahannya ada yang
meminta supaya Takhsin bagi tiket untuk buat Umrah kemekah !!! Lahaula wala khuwwata
illa billah.
5.) Penyelesaian harus dicari dengan segara dan serious. Saudara Zulkiflee
menyoal apakah Mujahidin telah benar-benar mampu membuat operasi sehebat
Hatyai? Jawapannya lebih dari itu boleh dilakukan jikalau penyembelihan dan
pembunuhan beramai oleh penjajah Thai terhadap rakyat Patani tidak di henti.
Mereka menarik tentera keluar tapi diganti dengan tentera upahan atau seghe pran. Setiap kali tentera atau seghe pran di bunuh oleh Mujahidin mereka bertindak balas membunuh orang-orang kampung !!!! Apa pilihan yang kami ada jika mereka bertindak diluar batas kemanusiaan? Operasi masih diteruskan dan tidak tahu apa sasaran seterusnya !!!.
Mereka menarik tentera keluar tapi diganti dengan tentera upahan atau seghe pran. Setiap kali tentera atau seghe pran di bunuh oleh Mujahidin mereka bertindak balas membunuh orang-orang kampung !!!! Apa pilihan yang kami ada jika mereka bertindak diluar batas kemanusiaan? Operasi masih diteruskan dan tidak tahu apa sasaran seterusnya !!!.
6.) Tunjukkkan kesungguhan untuk menyelesai masaalah dengan permulaan
menarik semua tentera dan seghe pran dari bumi Patani. (Sekarang ada lebih 9
Battalion Seghe Pran di bumi Patani).
7.) Hentikan memperalatkan badut-badut yang berlagak sebagai pejuang palsu
bagi mendapat upahan-upahan. Hentika drama ini.
8.) Hentikan perancangan Rak Patani (kerajaan Patani) atau Patani
Mahanakorn yang cuba memberi gula-gula beracun. Umpan ini menjadi rebutan
diantara beberapa pemimpin untuk menjadi Ketua pertama.
Buat lah pilihan dengan segera. Mahu terus mengganas? Kami sedia berlawan. Mahu
menerima hakikat bahawa kamu sudah kalah? Kami sedia mendengar !!!.
Anda Mungkin Juga Meminati:
No comments:
Post a Comment