Sunday, June 2, 2013

Petua Mengatasi Mual Tekak Semasa Hamil




1. Sebaiknya pada waktu pagi anda hirup udara yang segar di luar kawasan perumahan anda dan jadikan aktiviti senaman berjalan kaki sebagai rutin harian anda sepanjang kehamilan tersebut.

2. Anda dinasihatkan agar jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut. Kerana ditakuti sebarang kemungkinan akan berlaku kepada diri anda.

3. Selepas selesai waktu makan anda seharusnya duduk di dalam kedudukan yang selesa supaya daya tarikan graviti ini akan mampu membantu anda menyimpan makanan di dalam perut bagi mengekalkan rasa mual anda ketika hamil.

4. Cuba elakkan dari bau-bauan yang boleh menyebabkan hidung anda kurang selesa. Sebab ada sesetegah gologan wanita yang hamil kurang selesa dengan bau badan suami dan sebagainya.

5. Sebaiknya anda tidak digalakkan untuk memberus gigi anda selepas makan kerana ini akan menyebabkan segala apa yang anda makan sebentar tadi akan di muntahkan dengan segera.

6. Hindarkan diri anda dari makan makanan yang mengandungi lemak yang berlebihan, pedas dan berkafein. Tetapi cuba lebihkan makanan dari sumber seperti roti bakar, biskut kering dan sebagainya .

7. Amalkan minum minuman sebanyak 10 hingga 12 gelas air suam, jus buah – buahan supaya badan anda akan sentiasa kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari – hari yang dilalui.

8. Banyakkan berehat dari melakukan banyak perkara di dalam atau di luar rumah. Baring dengan melunjurkan kaki anda ke hadapan dengan pautan kerusi dan sebagainya bagi mengelakkan kaki anda bengkak kelak.

9. Sekiranya anda merasakan tekak anda mual, segeralah mengunyah sebarang jenis biskut kering atau biskut kraker sebelum turun dari katil. Anda boleh meminta bantuan suami anda untuk mengambil biskut tersebut atau sediakan lebih awal sebekas biskut kraker supaya berhampiran dengan anda.

10. Sebelum anda berbaring atas katil untuk tidur malam, kunyahlah terlebih dahulu snek ringan seperti yogurt, roti, susu, bijirin atau sandwic untuk alas perut. Biasanya kebanyakkan ibu akan terjaga pada waktu malam untuk mencari makanan.

11. Lalauilah hari anda dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun anda tidak berasa lapar ketika itu.

12. Minumlah teh halia atau mengambil tablet halia juga mungkin akan dapat membantu anda dalam mengurangkan masalah mual.

No comments:

Post a Comment