Sunday, July 21, 2013

Rumah urut: Saya terpaksa bang!


KEBANJIRAN rumah urut di kawasan Lembah Klang termasuk Selangor bukan sesuatu yang baru. Lambakan premis itu dilihat menjadi punca penyakit sosial baru dalam masyarakat.

Bagi pemilik premis mereka sekadar menjalankan perniagaan, namun dek kerana saingan, ada pemilik yang sanggup menawar perkhidmatan tambahan bagi menarik minat pelanggan.

Malah lebih menjadi tanda tanya apabila ada premis yang menawarkan tukang urut terdiri daripada wanita warga asing yang bersedia memberikan layanan lebih termasuk dibawa pelanggan ke ranjang.

Berbekalkan maklumat yang diperoleh, Sinar Harian melakukan penyiasatan sendiri bagi membongkar kegiatan tidak bermoral pemilik premis yang turut dikesan sebahagiannya menyalahgunakan lesen yang diperolehi secara sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menawarkan khidmat urutan batin untuk lelaki.

Beberapa lokasi dikenal pasti dan tinjauan ini dilakukan selama sebulan sebelum wartawan menyusup masuk ke dalam premis untuk menyamar sebagai pelanggan.

Penyamaran pertama

Meskipun pernah dikenakan tindakan pihak berkuasa sebelum ini, pusat urutan badan yang terletak di Sungai Buloh ini masih berdegil dan terus beroperasi.

Sekali imbas rumah urut yang beroperasi di tingkat satu bangunan rumah kedai ini tidak ubah seperti rumah sewa. Sinar Harian yang melakukan penyamaran sebagai pelanggan memilih seorang gadis tempatan bernama Kiss berusia awal 30an. Ketika tinjauan ini dibuat terdapat tiga lagi wanita berusia lewat 40an dan awal 20an.

Awak dah lama kerja di sini?

Kiss : Lama tak lamalah dalam dua tahun.

Apa pakej yang boleh awak buat, macam mana kira?
Kiss : Urut, B2B (urutan badan ke badan) dan urut batin sejam. Kalau hendak bolehlah RM 180.

Mahal tak boleh kurang lagi ke, kalau semua RM100 boleh ?

Kiss ; Tu dah murahlah abang, nak murah macam mana lagi. Kalau RM100 tak pulang modal nak bayar kedai dah RM50. Saya cuma dapat RM50 sahaja. Kalau urut batin sahaja berapa?

Kiss : Urut batin setengah jam RM50, kalau ringan-ringan, nak saya buka baju pun boleh tambahlah sikit, RM130, tapi jadi sejam.

Ok. urut badan, berapa sejam?

Kiss : Urut badan murah RM100 sejam

Sepenuh masa ke awak jadi tukang urut kat sini ?

Kiss : Tak buat ‘part time’ Sabtu dan Ahad. Hari lain kerja kedai kasut.

Umur awak sebenarnya berapa ? Sudah kahwin ke?

Kiss : 34, dah cerai, anak seorang kecil lagi.

Kenapa kerja macam ini?

Kiss : Cari duit lebih, banyak nak pakai sebab mak sakit kat kampung.

Asal mana? Anak ke berapa, adik beradik lain tak boleh tolong ke?

Kiss : Pulau Pinang, anak bongsu adik beradik lain semua ada komitmen keluarga jadi saya sahaja yang bagi duit nak selesaikan bil, ubat dan rawatan hospital emak. Kerja kedai kasut RM900 sahaja sebulan. Saya hendak bayar kereta, rumah dan pengasuh anak memang tak cukup.

Satu hari boleh dapat berapa ramai pelanggan?

Kiss: Selalu saya ambil yang tetap sahaja, tengok orang kalau betul-betul boleh dapat empat atau lima orang dari pukul 11 pagi sampai 10 malam selalunya yang datang banyak budak bujang, orang sudah kahwin jarang.

Boleh main (hubungan seks) sekali ke?

Kiss : Taklah saya luar-luar sahaja tak sampai boleh main bahaya takut nanti kena tangkap polis.

Tempat ini berapa orang pekerja yang ada?

Kiss : Tak ramai dalam lima enam orang. Kalau ada masa diorang yang buat ‘part time’ datang sekali ramai, ada masa tiga orang sahaja.

Tidak rasa bersalah ke buat kerja macam ini?

Kiss ; Jangan cakap macam tu siapa-siapa pun tak nak buat kerja macam ini, saya terpaksa sebab memang kalau tak mana nak datang duitnya.

Belajar urut badan dan urut batin dari siapa?

Kiss : Kawan-kawan

Alamak, terlupa saya ada nak jumpa kawan sekejap lagi, lain kalilah pakej B2B tu hari ini kita urut sahajalah.

Kiss : Ok. Lain kali kena datang lagi dan jangan tak jadi pulak buat pakej lain lepas ni.


Penyamaran kedua

Sinar Harian melakukan tinjauan kedua di sebuah pusat aromaterapi di Petaling Jaya yang kebanyakan tukang urutnya adalah warga Thailand. Sewaktu berunding harga, Sinar Harian ditawarkan pakej urutan istimewa pada kadar harga RM150. Penyelia premis memperkenalkan kepada salah seorang tukang urut baru yang disifatkannya terbaik. Berikut ialah perbualan Sinar Harian bersama tukang warga Thailand berusia 25 tahun yang dikenali
sebagai Candy.

You sudah lama di Malaysia?

Candy : Baru dua bulan.

Masuk guna pasport lawatan ?

Candy : Ya.

Kenapa kerja urut di sini (Malaysia) di Thailand tiada kerja ke?

Candy : Kalau kerja di Thailand bos bayar murah, banyak tukang urut juga jadi kami kena bersaing.

Kalau kerja tetap di kedai seperti ini boleh ke buat ‘part time’ sendiri?

Candy : Tak boleh, kalau tauke tahu kena bayar ganti rugi RM5,000 atau potong gaji.

Maknanya tak boleh kerja luar?

Candy : Tidak.

Satu hari berapa orang pelanggan boleh dapat?

Candy : Enam hingga lapan orang.

Tak penat ke?

Candy : Tak.

Satu pelanggan berapa dapat?
Candy : RM80.

Selalu balik ke Thailand ?
Candy ; Sebulan sekali balik, sebab ada ‘boyfriend’ kena jumpa.

Boleh buat hubungan seks?
Candy : Tak boleh. nanti tauke marah.Urut dan ‘body to body’ sahaja boleh. Selepas hampir setengah jam melakukan urutan badan, Candy menawar untuk melakukan urutan badan ke badan (B2B) namun pelawaan itu ditolak oleh Sinar Harian atas alasan mempunyai temu janji penting pada masa tersebut.


Penyamaran ketiga

Sinar Harian melakukan tinjauan di sebuah rumah urut yang terletak di sebuah kawasan perniagaan di Setapak yang mengenakan bayaran RM100 untuk urutan badan ke badan. Bagi pelanggan tetap pusat urut ini, bayaran RM100 itu adalah cukup murah dan tidak hairanlah pelanggan sanggup melakukan tempahan awal malah tidak kurang juga yang setia menunggu selama berjam-jam di premis ini semata-mata untuk mendapat khidmat wanita  warga Thailand yang bekerja di sini. Selepas melakukan pembayaran Sinar Harian diminta menunggu giliran. Berikut hasil temubual Sinar Harian bersama pemilik premis seorang lelaki Cina tempatan berusia awal 30an yang dikenali sebagai Jefry.

Berapa orang tukang urut berasal dari Thailand di sini?

Jefry : Lapan orang

Berani 'you' buka di sini, tak pernah kena kacau dengan polis atau DBKL?

Jefry : Belum pernah sebab sini ada satu kedai sahaja . Polis dengan DBKL tidak tahu. Kalau banyak kedai mesti ada operasi punya.

Tak mahu tambah amoi ? Ramai sangat beratur hari-hari?

Jefry : Satu orang ‘girl’ harga RM8,000. Kalau ramai ‘girl’ susah lagi operasi, kalau kena tangkap saya rugi. Kelihatan beberapa gadis di rumah urut batin yang dimasuki wartawan Sinar Harian.

‘You’ ada mohon lesen perniagaan untuk buka premis ini?

Jefry : Mana ada. sini selamat, memang mahu mohon tapi itu tidak penting, ada atau tidak ‘bisnes’ tetap mahu jalan.

Satu orang tukang urut bayar berapa komisen?

Jefry : RM50. satu orang pelanggan.

Selepas menunggu beberapa ketika saya dibawa ke satu ruangan bilik yang hanya dipisahkan dengan tirai langsir kemudian datang seorang wanita Thailand berusia awal 30an memperkenalkan diri sebagai Julia. Menurut Julia dia bekerja di premis itu sejak lapan bulan yang lalu. Menurut wanita yang agak kurang fasih berbahasa Melayu itu, pakej yang ditawarkan adalah urutan biasa dan urutan badan ke badan (B2B) dan jika ada permintaan barulah dia akan melakukan urutan batin.

Julia : You pertama kali datang sini ke?

Ya. nampak macam letih berapa orang pelanggan hari ini?

Julia : Sepuluh orang, makan malam pun tidak sempat.

Kerja dari pukul berapa?

Julia : Pukul 2 petang sampai 2 pagi.

Selepas setengah jam, Sinar Harian tidak meneruskan urutan badan ke badan yang ditawarkan dan memberi alasan perlu segera pulang kerana ada hal mustahak.

Kamera litar tertutup awasi kehadiran pihak berkuasa?

Tinjauan Sinar Harian ke atas beberapa buah premis di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mendapati hampir ke semua premis haram terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (cctv).

Setiap kamera yang dipasang di  sudut tertentu di luar premis bertujuan bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Kebanyakan kamera dipantau sepenuhnya oleh penjaga premis melalui monitor khas di kaunter.


@ Itulah sinario yang berlaku sekarang ini. Rumah urut tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Berniaga lendir yang memang menguntungkan. Dosa  pahala tolak tepi. Apa itu B2B? Mengikut pengalaman kawan... B2B itu satu kaedah urutan yang memerlukan situkang urut itu berbogel dan mengurut menggunakan asetnya. Biasanya bila dah stim si awang pun tak boleh duduk diam, dan perlu diberi makan... semasa diluar premis memang dia kata tak ada servis untuk ‘itu’. Sebenarnya boleh slow talk kat dalam. Tambah jer RM pasti keluar dengan muka merah padam! Jauhi Maksiat! Dosa!.   

No comments:

Post a Comment