Wednesday, July 24, 2013

Persoalan Seksual Bersama Pakar Sakit Tuan Dr. Ismail Tambi [1]


Siri Persoalan peribadi; bersoal jawab bersama Pakar Sakit Tuan, Dr. Mohd Ismail Mohd Tamby. Sebelum itu Lihat dulu profilenya disini.

Jom lihat permasalahan mereka, mana tahu mungkin kita menghadapi masalah yang sama!. Anda tanya, Dr. Ismail jawab;

Soalan;

PERTAMA

Assalamualaikum doktor

saya kira baik kiranya doktor tahu latar belakang saya dahulu.
saya merupakan seorang pelajar sekolah berasrama dan berusia 16 tahun mempunyai bmi 27

semasa berada di sekolah saya selalu terlihat bayangan zakar kawan kawan saya di asrama. apa yang yang menjadi masalahnya saiz zakar saya yang jauh lebih kecil dari milik kawan kawan saya. sewaktu ereksi penuh saiz zakar saya cuma mampu mencapai 8cm sahaja berbanding kawan kawan saya yang mencapai sehingga 13-15cm. bagi saya penggunaan andropenis nampak baik tetapi memandangkan saya seorang pelajar maka kosnya menjadikannya sesuatu yang amat mustahil. baru baru ini saya ada terjumpa rawatan urutan yang mendakwa mampu membesarkan zakar tetapi kelihatan amat bahaya kerana mereka mengikat pangkal zakar (seperti gambar) dan juga gel pembesaran zakar soalan saya adakah penggunaan gel ini berbahaya kepada saya jika saya mencubanya dan apakah langkah yang paling sesuai untuk saya ambil?

saya amat mengharapkan agar doktor dapat membantu saya kerana saya berasa amat tertekan.

Jawapan Soalan:

Ketumbesaran anggota sulit sampai umur 21 tahun. Jadi anda masih banyak masa. jangan fikir tentang tu. Tumpu pada pelajaran. Tak ada duit dan kerja baik tiada perempuan mahu. Mereka bukan mahu batang besar je! Jangan bazir duit beli jeli. Itu mengarut.

KEDUA

Pohon bantuan Dr.
saya telah lama mengalami masalah (2001) ini dan bakal berkahwin sebulan lagi. Masalahnyer saya boleh ejakulasi bila melihat Filem (xxx) dan ia berlaku luar kawalan walaupun saya cuba menahan ejakulasi.
saya harap bantuan dari Dr

Jawapan Soalan:

Klimaks yang anda alami itu dikenali sebagai klimaks mental. Tak buat pun boleh klimaks. tapi apabila dah kahwin tak payah bayangkan lagi. Benda ada didepan dan perlu dilakukan cara fisikal dan bukan mental. Pengalaman ini belum dapat lgi. Bersabar mungkin lebih baik.

KETIGA

Assalamualaikum doktor,

Saya ingin tahu, adakah normal jika air mani seseorang lelaki berwarna jernih kekuningan serta sedikit berketul seperti gel? Apa yg saya ketahui, air mani bagi seseorang lelaki ialah berwarna putih pekat seperti susu. Harap doktor dapat memberikan ulasan yg terperinci.
Terima kasih...

Jawapan Soalan:

Itu pun warna normal.Tiada pula air mani macam putih susu!mengarut tu!

KEEMPAT

Assalamualaikum DR,
Apakah yang dikatakan Hernia
Apakah tanda2 penghidap hernia
Apakah kesan jangka panjang penghidap Hernia jika tdk diubati
Adakah Hernia memberi efek kepada hubungan kelamin.
TQ.

Jawapan Soalan:
Hernia itu angin pasang. Untuk lelaki usus termasuk dalam kerandut melalui lubang kecil (yang tak normal) antara perut dan kerandut. Jika dibiarkan jadi lebih ketara, bayangkan usus masuk dalam keradut, takut jalanan pemakanan tersekat atau usus terpintal. Dah tentu beri kesan buruk kepada seks. Kerandut bergayut dan zakar termasuk! macamnana nak buat seks dalam keadaan begitu!

KELIMA

Doktor, benarkah ubat memanjangkan zakar akan berkesan tanpa kesan sampingan. Saya berumur 24 dan bercadang kahwin thn dpn. Saya mempunyai masalah penis yg tidak besar. Apakah yang saya perlu lakukan? Ubat apa yg sesuai doc. Saya inginkan penis yg besar dan bertenaga. I really need ur help.

Jawapan Soalan:

Mana ada ubat yang besarkan zakar, mengarut tu. Alat Andropeni dapat bantu. Maklumat tu ada dalam www.drismailtambi.com Nak beli boleh tempah. Tapi betul ke zakar anda kecil? Pemeriksaan doktor akan dapat tahu.


No comments:

Post a Comment