KAHERAH
4 Julai - Jurucakap pergerakan Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad berkata,
Presiden Mesir, Mohammed Mursi kini ditahan pihak tentera selepas digulingkan,
hari ini.
Katanya,
Mursi ditahan di ibu pejabat Pengawal Republik sebelum dipindahkan ke
Kementerian Pertahanan. Waran
tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor
media milik kerajaan.
Seorang
pegawai kanan tentera berkata, penahanan Mursi dibuat sebagai satu langkah
'pencegahan'. Katanya,
beliau mungkin berdepan dakwaan rasmi berhubung tuduhan yang dibuat oleh
penentangnya.
Mungkinkah Kata-kata ini Murshi ditahan? |
Mursi
ditahan bersama-sama pegawai-pegawai kanannya selepas mengeluarkan kenyataan
menggesa pengikutnya melindungi pelantikannya sebagai Presiden secara sah dalam
satu ucapan yang disebarkan di Internet beberapa jam selepas tentera
mengumumkan penggulingan beliau, semalam.
"Saya
adalah Presiden yang dipilih oleh rakyat dan rakyat perlu
mempertahankannya," katanya dalam rakaman yang dimuat naik di YouTube itu.
Pegawai
tentera itu berkata, mereka perlu bertindak kerana itu adalah retorik ancaman,
dan Mursi telah berjaya mewujudkan permusuhan dalam kalangan rakyat Mesir. -
AFP
No comments:
Post a Comment