PREETI
yang menutup mukanya diiringi anggota
polis
ke penjara.
|
New Delhi: Seorang wanita
mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai
polis.
Mangsa ditemui mati dengan
tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di
Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis
Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki
di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes
pembunuhan Chandra.
Polis kemudian menahan
Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal
siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya
secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya
sebagai mangsa.
“Pada 2001, dia datang ke
rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan kami miskin,
dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003.
“Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan
dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.
Preeti berkata, dia pernah
mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di
usir dan dimaki hamun.
“Sebab itulah saya
menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.
Bercakap mengenai
pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar datang ke rumah
tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras
yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau
bedah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai
Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin
sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment