Sunday, July 14, 2013

Inilah Aurat Wanita Yahudi Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA


Apakah maksud aurat bagi seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang dikatakan menutup aurat? Ini dipanggil Tzniut. Tzniut adalah pemakaian tudung yang diamalkan Yahudi yang ‘beriman’ bagi menjaga kehormatan diri mereka.

Dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup rambut selepas berkahwin sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya kepada si suami. Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu, scarf dan tichel.

Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras lutut. Baju mereja juga tak boleh ketat dan sebaik-baiknya tidak bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Dari segi baju pula lengan baju harus menutup siku. Wanita Haredi juga memakai baju dengan lengan sampai ke pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.
Tzniut Wanita Yahudi
Bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak seperti wanita menutup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum berkahwin adalah tidak wajib.

Dalam Islam, Jilbab, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Biarawati Kristian
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat. Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.

Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak. Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian tudung kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai tudung.
Fesyen Artis KITA
Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.

Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.

Tudung labuh atau mini telekung, Tudung bersegi seperti tudung bawal, Tudung sarung atau tudung mini, Selendang atau Skarf.
Yang ini Yahudi Tidak, Kristian Bukan dan
Islam pun Bukan!
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment