Artikal ini untuk bacaan dewasa sahaja. Admin tidak bertanggungjawab jika terjadi perkara yang memudratkan. Apapun Jika minda kita menganggap ia lucah, maka lucahlah jadinya. Kata orang lama, Hanya jauhari yang mengenal manikam!. jika berminat jom kita telusuri bagaimana teknik yang unik itu.
Sejak zaman nenek moyang kita lagi, perihal penjagaan vagina amat dititikberatkan lantaran hubungkaitnya dengan keharmonian rumahtangga.
Sejak zaman nenek moyang kita lagi, perihal penjagaan vagina amat dititikberatkan lantaran hubungkaitnya dengan keharmonian rumahtangga.
Apatah lagi di
kalangan masyarakat rantau Asia. Orang Melayu misalnya amat terkenal dengan
ramuan akar kayu untuk penjagaan vagina, baik untuk mengetatkan mahupun dari
sudut penjagaan kebersihan. Ambil sahaja contoh mudah – bersihkan vagina dengan
air daun sirih dan amalkan air akar kayu serta pengambilan jamu selepas
bersalin untuk mengetatkan vagina.
Manakala herba
tertentu dikatakan mampu mengetatkan vagina. Begitu juga teknik urutan yang
dikatakan mampu memudakan vagina.
Teknik rawatan
Moden
Trend wanita
alaf baru mahukan kesempurnaan dari hujung rambut ke hujung kaki. Apatah lagi
dalam dunia moden yang memungkinkan segala-galanya termasuk dalam hal
menganjalkan semula vagina atau memudakan vagina yang dalam dunia perubatan
estetik popular dengan nama vaginal rejuvenation atau vaginal reshaping.
Prosedur itu
kini menjadi kegilaan wanita yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit
termasuk ke negara jiran untuk memulihkan vagina demi kepuasan diri biar pun ia
tiada kaitan dengan penampilan luaran.
Prosedur
menganjal dan memudakan vagina ini telah lama melanda dunia Hollywood dan salah
seorang pakar terkenal yang menjadi rujukan dalam bidang tersebut adalah
Profesor Nicola Zibernati.
Teknologi V2LR
Teknologi V2LR
(Vulvo-Vaginal Laser Reshaping) digunakan dalam prosedur untuk menganjalkan
vagina. Biarpun kedengaran agak baru di negara ini, namun secara diam-diam
semakin banyak pakar menawarkan perkhidmatan tersebut.
Vulvo
bermaksud bahagian luar organ wanita manakala vagina pula merujuk bahagian
dalaman. Oleh itu prosedur V2LR bermaksud rejuvenasi bahagian luar dan dalam
organ wanita.
Vulvo-Vaginal
Laser Reshaping
Sehebat mana
keanjalan yang boleh dicapai bergantung kepada jenis laser dan teknik yang
digunakan.
Teknik laser
berkuasa rendah langsung tidak menyakitkan namun mampu memberi kesan yang sama
dengan cara kuasa tinggi yang kuat dan sering mengundang kesakitan. Dengan
kuasa rendah pesakit akan berasa sangat selesa. Aktiviti harian dapat dilakukan
serta merta dan hanya perlu mengelak hubungan seks selama 3 hari sahaja selepas
rawatan. Selepas 3 hari kita akan pulih sepenuhnya.
Vagina Lebih
Cerah dan Kuat
Teknik V2LR
memerlukan 3 kali rawatan yang diulang sebulan sekali untuk mendapatkan kesan
maksimum. Ia bukan saja meningkatkan keanjalan pada vagina tetapi membuatkan
warna kulit sekitarnya menjadi kemerahan dan tidak gelap lagi. Dengan kata lain
warna sekitar vagina tampak cantik dan menarik.
Apabila usia
meningkat dan setelah melahirkan anak, kesan regangan terhadap dinding vagina
menyebabkan keanjalan tisu-tisunya hilang. Vagina menjadi kendur, kurang
elastik dan warnanya sekitarnya menjadi gelap. Pengaruh hormon juga mejadikan
keadaan lebih teruk dengan pengumpulan pigmen di situ.
Apabila laser
dipancarkan, warna sekitar vagina berubah menjadi cerah semula.
Selain
kecantikan, otot dinding vagina juga akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah
mengalami masalah kelonggaran. Nikmat hubungan seks juga meningkat selepas
rawatan seumpama itu.
Popular di
Eropah
Penggunaan
laser dalam bidang kecantikan dan perubatan semakin mendapat tempat di
Malaysia. Namun masyarakat di China, Korea, negara-negara Eropah dan Amerika
sudah terdedah dan menerima bahawa rawatan laser adalah sebahagian daripada kaedah
terkini yang berkesan dan selamat.
Kaedah V2LR
yang sangat popular di Eropah disebabkan dua faktor iaitu berkesan dan proses
penyembuhan yang cepat.
Menjahit
Semula Selaput Dara
Cara lain
untuk meremajakan semula vagina ialah dengan prosedur menjahit semula selaput
dara yang dikatakan mampu mengembalikan kegadisan seseorang wanita.
Selaput baru
itu dibina dari kulit tipis pada vagina namun kaedahnya rumit dan tidak semudah
teknik laser. Mungkin pada suatu masa nanti kaedah ini akan menjadi pilihan
wanita yang inginkan kesejahteraan rumahtangga.
Teknik urut cara Tradisional
Kaedah urutan secara tradisional memerlukan bantuan pasangan untuk melakukan urutan.. macamana tu? rasanya elok saja kita lawat ke page lain sebab ada gambar-gambar yang susah jugak nak jawab pada bebudak bawah umur!
Ok, Klik sini.
Teknik urut cara Tradisional
Kaedah urutan secara tradisional memerlukan bantuan pasangan untuk melakukan urutan.. macamana tu? rasanya elok saja kita lawat ke page lain sebab ada gambar-gambar yang susah jugak nak jawab pada bebudak bawah umur!
Ok, Klik sini.
No comments:
Post a Comment