Siri Persoalan Seksual Bersama Pakar Sakit Tuan Dr. Ismail Tambi
Padat kalau darah lancar
TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi
kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot kemut.
Apabila seseorang lelaki teruja dan perasaan seksualnya terangsang, darah
masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar.
Dalam keadaan begini, kekuatan ereksi menjadi kekal dan padat serta
hubungan seksual penetratif dapat dilakukan dengan sempurna.
Apabila darah kurang kekal dalam otot zakar dan terkeluar secara sedikit
demi sedikit, situasi ini dikenali sebagai ‘venous leak’ atau keciciran darah
daripada pembuluh vein, oleh itu kualiti kekerasan zakar menjadi kurang.
Dalam keadaan begitu, tusukan zakar sukar dilakukan atau zakar cepat
mengendur serta ejakulasi cepat berlaku.
Dalam keadaan begini, sudah tentu ejakulasi akan menjadi tidak berdaya atau
ia tidak memancut. Kebanyakannya hanya meleleh.
Keadaan ini terjadi di mana tahap ereksi kurang bertenaga dan hubungan
seksual secara tusukan pula sukar dilakukan.
Jika lelaki mengalami masalah ini, ia digelar mati pucuk atau disfungsi
erektil.
Pada masa sama, ia menandakan tahap ereksi tidak mencukupi kerana
kekurangan kepadatan akibat kekurangan kemasukan darah yang banyak ke dalam
otot zakar.
Ini mungkin berlaku apabila perjalanan darah dalam otot zakar kurang lancar
atau otot zakar tidak mengembang dengan secukupnya untuk mengizinkan darah
masuk dengan banyak atau darah yang masuk dalam otot tidak kekal dan terkeluar
daripada salurannya.
Kepada lelaki yang mengalami masalah ini, anda harus mengamalkan gaya hidup
sihat. Jika masalah ini terjadi ketika usia masih muda, anda seharusnya lebih
berjaga-jaga.
Saranan saya, lakukan senaman berkala. Hentikan tabiat merokok dan jaga berat
badan pada tahap sesuai. Anda boleh lakukan senaman kemut atau senaman Kegel
untuk memantapkan otot lantai pelvis.
Ini dapat memberi kekuatan kepada pangkal zakar dan boleh membuatkan
ejakulasi lebih berdaya. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan
kesihatan, sama ada anda menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah
tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.
Didapati lelaki yang mengalami simptom mati pucuk mungkin mempunyai petanda
kemunculan penyakit kronik terbabit.
No comments:
Post a Comment