Tersebar
berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat
tender-tender kerajaan dan penswastaan. Pembabitan dua anaknya itu secara
langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa
"Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang
penjenayah".
Pada 2008,
Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI
2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.
Mubarak didapati bersalah
Beliau
mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari
demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi
Mesir 2011. Pada 13 April, seorang pendakwa mengarahkan bekas presiden itu dan
dua anak lelakinya ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat mengenai tuduhan
menyogok dan menyalahgunakan kuasa.
Pada 2 Jun
2012, Hosni Mubarak didapati bersalah oleh hakim yang membicarakannya di
Akademi Polis Kaherah, Mesir. Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup
selepas didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa
kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau pada 2011 . Rakyat Mesir berkumpul
di Dataran Tahrir selama 18 hari sehingga Mubarak digulingkan pada 11 Februari
2011.
Mubarak,
Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komander polis berdepan hukuman mati
jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk maut dalam kejadian itu. Anaknya
Alaa dan Gamal serta rakan perniagaan, Hussein Salem, yang melarikan diri ke
Sepanyol, turut dibicarakan atas pertuduhan rasuah.
Bekas Presiden
Mesir itu juga dituduh menjual gas asli ke Israel pada harga lebih rendah
berbanding pasaran. Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, dan enam ketua
keselamatan juga tiba di Akademi Polis untuk mendengar keputusan hakim. Mereka ditugas
mematahkan tunjuk perasaan yang menggulingkan rejimnya.
Perbicaraan
itu disiarkan secara langsung melalui televisyen. Media asing akan dikenakan
bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli
siaran liputan.
Artikal Selanjutnya:
No comments:
Post a Comment