KUALA LUMPUR -
[Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan
Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred
1 hingga Gred 54.
Perdana
Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000
pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya
pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu
masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta,
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di samping
bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan
(KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama,
kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji
yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing
yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib berkata
langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan
struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan
Transformatif.
Katanya,
pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta
penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah
ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima
faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun
ini," katanya.
Najib berkata
kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan
Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban
kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama.
No comments:
Post a Comment