Jertih: Imam
di dua masjid tertua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mahu pengundi
di kawasan itu membuat pilihan pemimpin yang betul pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) 24 Julai ini.
PRK DUN Kuala
Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun
lalu dan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional
(BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot @ Azlan Yusof,
48.
Pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Dr A Rahman yang mewakili BN mengekalkan kerusi
DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,434 menewaskan calon PAS, Napisah Ismail.
Mereka
berpendapat, walaupun kewujudan kerajaan dan pembangkang penting, pengundi
perlu mengenal pasti bakal wakil rakyat yang boleh berbakti kepada mereka.
Imam I Masjid
Jamhuriah Kuala Besut Mohd Azizi Derahim berkata, kuasa memilih itu terletak
pada kebijaksanaan pengundi terutamanya dalam menentukan apakah keperluan
mereka akan dipenuhi selepas pemilihan pemimpin dimuktamadkan melalui proses
pilihan raya. “Kedua-duanya ada peranan sama penting, kerajaan kini dan
pembangkang perlu sama kuat sebab kita tidak mahu ada situasi syok sendiri,” katanya
yang berkhidmat selama 13 tahun di masjid berusia 89 tahun itu di sini,
semalam.
Pendapat 1;
Mohd Azizi,
50, berkata, kerajaan yang ada sekarang ini baik, tetapi tidak salah untuk
mencuba sesuatu yang baru.
“Saya
bersetuju jika kerusi DUN Terengganu diwakili sama banyak, iaitu 16-16 antara
pembangkang dan kerajaan asalkan pemerintahan masih di bawah kuasa BN.
“Sebab tanpa
kekuatan pembangkang pun, proses pembangunan di Terengganu akan menjadi lembab
berbanding jika ada teguran daripada pihak yang menentang,” katanya.
@Pro
kepada Pembangkang.
Keputusan:
BN 0 – 1 PAS
Pendapat 2;
Imam III
masjid yang sama, Mohd Afri Ali, 37, berkata, pemimpin yang berpendidikan
tinggi memberi kelebihan kepada penduduk di situ untuk menikmati pembangunan
yang lebih terancang di masa hadapan.
“Faktor umur
itu mungkin tiada masalah, tetapi dengan pencapaian akademik yang tinggi
ditambah pula sudah mahir dengan permasalahan penduduk di sini, itu menjadi
satu kelebihan yang ada jika dipilih menjadi wakil rakyat,” katanya.
@Pro
kepada BN
Keputusan:
BN 1 – 1 PAS
Pendapat 3;
Imam II Masjid
Seberang Kastam Ibrahim Salleh, 51, berkata, seseorang pemimpin masyarakat itu
perlu dipilih dalam kalangan mereka yang sentiasa berada dalam kelompok
penduduk tanpa mengira fahaman politik.
“Rakyat perlu
menilai sendiri, sama ada mereka perlukan wakil rakyat ‘bidan terjun’ yang
jarang bergaul dengan masyarakat ataupun yang mudah ditemui,” katanya.
@Pro
kepada Pembangkang.
Keputusan:
BN 1 – 2 PAS
@Kalau
masin mulut Iman-Iman ini, Maka kedudukan kerusi DUN Terengganu adalah Seri:
16-16. Cuma jika ada silapmata yang cuba memancing katak-katak yang suka makan
makanan cap kepala Agong, sepertimana yang telah berlaku di negeri Perak dalam
PRU-12 yang lalu.
No comments:
Post a Comment