Kuching:
Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka
merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu
wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.
Wanita
berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi
seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.
Menurut
sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada
pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.
Menurutnya,
wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan
ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, “Lebih memalukan apabila wanita
itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.
“Wanita
itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia
dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera
digunakan selepas rakaman.
“Turut
ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan
dengan lebih 20 wanita,” katanya.
Sumber
itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli
keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya,
petang kelmarin.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment