"Tak balik kampung ke Mat tahun ni?" kawan bertanya,
"Alaa rilek la, asal raya je sebok nak balik kampung, sesekali raya la kat sini pulak!" kata Mat. Sebenarnya cutinya tidak diluluskan. Kena kerja pada hari raya. Kesian.
Melihat kengkawan berbondong memikul beg.. ada yang ke Puduraya, ada yang ke stesen Keretapi... modd raya dah makin dekat!
Melihat kengkawan sorang...sorang baik ke kampung, tinggallah Mat bersama sorang dua budak Iban. Membawa hati yang sedih (tapi masih kontrol hensem), Mat bersama kawan Iban berjalan-jalan ke Chow Kit Road. Tiap lorong gerai bingit memasang lagu-lagu raya, itu membuatkan hati Mat bertambah sayu...
Bila sampai ke satu gerai..
"Bang, tutup lagu tu.. sedih laaa." kata Mat
"Relek la bang... esok lusa kan Raya!" kata mamat tu.
Bengang kerana tak mengikut kata, ditendangnya speker sampai jatuh berguling..
Takut kena belasah, Mat lari hilangkan diri dalam celah orang yang ramai itu...
haha, itulah penangannya lagu dari P. Ramlee berjudul...
Dendang Perantau
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau
OK, Jom dengar lagu raya dari versi Avril Lavigne.. fasih melayu pulak tu..
No comments:
Post a Comment