Muhammad Hosni Sayyid Mubarak
Ketahui punca
pergolakan di Mesir yang tidak kesudahannya.
Dikeluarkan
secara bersiri, artikal yang panjang lebar.. nanti jemu pulak, huhu..
Muhammad Hosni
Sayyid Mubarak, lahir 4 Mei 1928 adalah Presiden Mesir ke-4 antara 1981 dan
2011. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak merupakan seorang komander dalam
Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat pada
1975, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak
merupakan presiden paling lama memerintah Mesir sejak Muhammad Ali Pasha.
Presiden Mesir ke-4
Berikutan
pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi
Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP).
Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (30 tahun pada 2011).
Mubarak, 82
tahun, mengambil alih pemerintahan setelah kelompok radikal Islam menembak mati
presiden sebelumnya, Anwar Sadat, pada tahun 1981. Komando angkatan udara ini
sebaliknya “tahan lebih lama” memerintah daripada yang dibayangkan pada ketika
itu.
Mubarak
dikenali sebagai seorang yang giat melakukan reformasi ekonomi yang dipimpin
oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tetapi dia menutup rapat
pintu pembangkang untuk berpolitik.
Dia telah
menolak perubahan politik yang signifikan, bahkan di bawah tekanan Amerika
Syarikat, yang telah menyogokkan berjuta-juta dolar bantuan ketenteraan dan
lainnya ke Mesir kerana menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai
dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979.
Hosni Mubarak
menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni
Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.
Artikal
Selanjutnya:
No comments:
Post a Comment