Laman fanpage
rasmi TV3 Malaysia semalam dan hari ini diserbu ramai penonton kerana stesyen
televisyen itu dikatakan menggelar Presiden Mesir, Dr Morsi, sebagai diktator.
Mereka juga
menuntut permohonan maaf dibuat. Ramai yang memberikan fakta bahawa Dr Morsi
adalah pemimpin yang berlandaskan Islam dan bukannya seorang diktator.
Kebiadapan TV3
yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara
demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Mursi sebagai diktator itu juga telah
mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal
SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?
Laporan
ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Muhammadun Abd Rahmanul Karim:
Walaupun
beliau ialah seorang Presiden, beliau hanya berada di Istana Presiden untuk
kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu, Beliau
akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu di sewanya
sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang
membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak
meminta gaji.
2.
Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.
3.
Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari
bidang pembuatan (manufactruing engineering).
4.
Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah
Hafiz/Hafizah Quran.
5.
Salah seorang anak beliau, berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan
Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor
kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan
anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu amanahnya. aku hanya anak kepada seorang bapa
dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari
rezeki."
6.
Waktu solat jumaat, Dr. Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat
dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi. dan
tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan
rakyat.
7.Apabila
beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara, Beliau
menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.
8.
Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi
untuk melindungi beliau.
Semoga
Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr. Muhammad Morsi
dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum
islam secara kesulurhannya dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T
membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain
juga, InsyaAllah
*setelah
membaca peribadi dr morsy, maka tidak hairanlah Israel dan sekutunya amat
gembira dengan guling kuasa ini... namun yang amat mendukacitakan media tv
malaysia turut menggelar beliau sebagai diktator.. :'
No comments:
Post a Comment