Lagi seruan bagi memperingati diri ini yang selalu lalai dan banyak malakukan dosa;
KELEBIHAN
DAN FAEDAH SOLAT.
Solat
akan menerangkan hati.
Solat
akan dapat mencahayakan wajah.
Solat
membuahkan berasa redha terhadap Tuhan yang Maha Penyayang.
Solat
membuat syaitan berasa marah
Solat
menjadi penolak bala.
Solat
menghalangkan kejahatan musuh.
Solat
memperbanyakkan rahmat.
Solat
menolak siksa kubur dan siksa di hari akhirat.
Solat
mendekatkan diri dengan ALLAH.
Solat
mencegah segala yang keji dan mungkar.
25
kelebihan solat sapertimana disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu:
[1].
Solat menghasilkan keredhaan ALLAH.
[2].
Solat membuahkan kasih saying para malaikat.
[3].
Solat adalah jalan oleh para Nabi dan Rasul.
[4].
Solat adalah cahaya makrifat.
[5].
Solat adalah asal makrifat.
[6].
Solat membuatkan ALLAH SWT memakbulkan akan doa yang dipanjatkan.
[7].
Solat merupakan sebab diterimanya segala amal yang lain.
[8].
Solat dapat memurahkan rezeki.
[9].
Solat menjadikan badan sihat.
[10].
Solat menjadi pelindung terhadap semua musuh.
[11].
Solat membuat syaitan berasa benci.
[12].
Solat menjadi syafaat bagi seseorang dalam menghadapi sakratulmaut.
[13].
Solat adalah penerang di dalam kubur.
[14].
Solat menjadi hamparan berbaring.
[15].
Solat menjadikan seseorang dapat menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir di alam
kubur.
[16].
Solat membuat seseorang berada selesa di dalam kubur sehingga hari kiamat.
[17].
Solat menjadi naungan di atas kepala dari panas matahari di hari kiamat.
[18].
Solat menjadi mahkota di atas kepala.
[19].
Solat menjadi pakaian badan.
[20].
Solat menjadi lampu penerang di depan ketika berjalan.
[21].
Solat menjadi pendinding dari api neraka.
[22].
Solat menjadi hujjah.
[23].
Solat memberatkan timbangan amal kebajikan.
[24].
Solat dapat membantu kita melintasi jalan di Titian Sirat al-Mustaqim di hari
akhirat.
[25].
Solat dapat membukakan pintu Syurga.
Diperingatkan dengat turunnya Ayat Al-Maarij;
Ketika
beberapa sahabat telah meninggal sebelum terjadi perubahan kiblat solat lalu
kami (para sahabat) tidak tahu apa yang kami katakan tentang mereka. Kemudian
Allah menurunkan al-Baqarah:143
Diturunkan lagi perintah Solat melalui ayat Al-Ankabut;
“Seseorang
dari Nejd datang kepada Rasulullah s.a.w., dengan rambut terurai, kami
mendengar berisik suaranya, tetapi kami tidak memahaminya, sehingga dia
mendekat kepada Rasulullah. Dan,ternyata dia bertanya tentang Islam. Maka
Rasulullah menjawab: “Solat lima kali sehari semalam”. Dia bertanya: “Apakah
ada kewajipan bagiku selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak, kecuali jika kamu
ingin mengerjakan (solat) sunat.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Dan puasa
Ramadhan.” Orang itu bertanya: “Apakah ada lagi puasa yang wajib bagiku selain
itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak, kecuali jika kamu mengerjakan puasa sunah.”
Kemudian Rasulullah menerangkan kewajipan zakat. Maka dia bertanya: “apakah ada
kewajipan selain itu?” Rasulullah menjawab: “Tidak, kecuali jika kamu
bersedekah sunah.” Kemudian pergilah orang itu sambil berkata: “Demi Allah saya
tidak akan melebihi atau mengurangi dari itu.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sungguh bahagia dia, jika jujur(dalam ucapannya itu).”
[H.R.
Al Bukhari dan Muslim]
“Ma’dan
bin Abi Thalhah berkata, ”Aku pernah menemui Tsauban, hamba yang dimerdekakan
Rasulullah, lalu kutanyakan, ‘Katakanlah kepadaku tentang perbuatan yang dapat
kulakukan, yang dengannya Allah dapat memasukkan aku ke syurga?.’ Atau dia
bertanya: ’Tentang perbuatan yang paling dicintai Allah?’ Kemudian dia (Tsauban)
diam. Lalu kutanyakan lagi, dan dia tetap diam. Kutanyakan yang ketiga kalinya,
akhirnya dia menjawab, ‘Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang
hal itu. Baginda menjawab, “Hendaknya kamu memperbanyak sujud, kerana tidaklah
kamu bersujud sekali sujud kepada Allah, melainkan Allah mengangkat darjatmu
dan menghapuskan kesalahanmu”. Ma’dan berkata, ”Kemudian aku berjumpa Abu
Darda’ dan kutanyakan kepadanya. Dia menjawab seperti jawapan Tsauban
kepadaku.”
[H.R.
Muslim,At-Tirmidzi dan An-Nasa'i]
“Solat
lima waktu dan satu Jumaat dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang
terjadi di antara semuanya, selama dosa besar tidak dilakukan.”
[H.R.
Muslim]
Saad
bin Abi Waqash berkata:
“Pernah
ada dua orang bersaudara, lalu salah seorang dari saudara itu meninggal sebelum
empat puluh malam dari saudaranya. Semua kebaikan saudara yang pertama itu
disebut-sebut dihadapan Rasulullah s.a.w., lalu baginda bersabda: “Tidakkah
yang lainnya juga Muslim?” Mereka menjawab: “Ya, dan dia juga orang yang
tidaklah mengapa.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Kalian tidak mengetahui apa
yang dicapai dengan solatnya. Sesungguhnya perumpamaan solatnya itu seperti
sungai airnya bersih dan mengalir di depan pintu (rumah) salah seorang dari
kamu; dia mandi ke dalam sungai itu setiap hari lima kali, maka tidaklah lagi
kamu lihat kotorannya. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui nilai-nilai
solatnya.”
[H.R.
Malik, Ahmad dengan sanad yang baik (hasan), An-Nasa'i dan Ibnu Hibban dalam
sahihnya]
Dari
Abu Umamah ra., dia berkata:
“Ketika
Rasulullah s.a.w. berada di masjid duduk bersama kami, tiba-tiba seseorang
datang kepadanya lalu lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah
melakukan kejahatan, maka hukumlah aku.” Rasulullah diam, dan dia mengulangi
kembali pernyataannya. Rasulullah tetap diam tidak menjawab. Sedangkan qamat
untuk solat telah diserukan. Maka, ketika Rasulullah s.a.w. (selesai solat)
keluar, orang itu mengikutinya dan aku (Abu Umamah) pun mengikutinya dan
menunggu jawapan Rasulullah s.a.w. kepadanya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadanya: “Bukankah ketika keluar dari rumah, kamu berwuduk dengan baik?” Dia
menjawab: “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Kemudian Rasulullah bertanya: “Kemudian
kamu solat bersama kami?”. Dia menjawab: “Ya Rasulullah”. Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Sesungguhnya Allah swt. Telah mengampuni dosamu.”
[H.R.
Muslim,Abu Daud dan Al Bukhari dari Anas - hadis ini lafaz Abu Daud]
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Barangsipa
mengerjakan solat Isyak dengan berjamaah, maka dia seperti bagun tengah malam (solat
lail) dan barang siapa solat subuh dengan berjemaah, maka dia seperti solat
malam seluruhnya.”
[H.R.
Muslim]
“Solat
seseorang dengan berjamaah (pahalanya) melebihi solat di rumah atau di pasar
dengan dua puluh lima ganda. Ini kerana, apabila dia telah berwuduk dan
sempurnakan wuduknya, kemudian keluar menuju Masjid dengan semata-mata untuk
solat, maka dia tidak akan melangkah satu langkah melainkan dihapuskan baginya
satu kesalahan, kemudian apabila dia solat maka malaikat selalu mendoakannya,
selama dia masih berada di tempat solatnya, (dengan mengucapkan), “Ya Allah
berilah rahmat kepadanya, dan kasih sayangilah dia.” Dan kamu selalu dalam
solat selama menanti solat.”
[H.R.
Al Bukhari-Muslim]
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Tetap
teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat,
dan tidaklah akan memelihara wuduk kecuali orang beriman.”
[H.R.
Malik]
“Saat
terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud.”
[H.R.
Muslim]
Dari
Anas ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Di
antara duniamu yang dijadikan kecintaanku adalah wewangian dan wanita, dan
telah dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.”
[H.R.
Ahmad,An-Nasa'i,Hakim dan Al Baihaqi-hadis sahih]
source:solat.wordpress.com
No comments:
Post a Comment