Monday, July 29, 2013

Nora Danish Dah Jumpa Lelaki Pilihan Setelah Lama Menjanda



Aktres jelita, Nora Danish telah membuat pengakuan bahawa dia kini sedang berkenalan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.

Laporan mStar Online hari ini memetik, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.

Nadeem adalah anak kepada kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.

Dalam kenyataan lanjutnya, Nora berkata setakat ini Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengannya, malahan rumah mereka berdekatan menjadikan hubungan mereka lebih akrab.

"Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami," katanya ketika ditemui pada mStar Rabu lalu.

Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya. Bagaimanapun Nora menjelaskan hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.

Bagi Nora, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran kepadanya dan dia perlu berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menjadi isteri sekali lagi. Namun Nora tidak menolak jika dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan Nadeem namun setakat ini hatinya belum terbuka untuk mana-mana lelaki.

@ "Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami". Katanya Nora. Tapi taste dia memang grand, dicarinya anak menteri juga..
Memang betulah dan tak dapat disangkal lagi... Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik... Doa-doakan lah yang baik-baik ajer..
Senyum juga satu sedekah!


No comments:

Post a Comment