1. Sabda Nabi
SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban janganlah kamu
berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)." (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh).
2. Sabda Nabi
SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua
hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia
berpuasa." (Soheh al-Bukhari; 1914).
3. 'Ammar bin
Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia
mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)." (HR al-Bukhari secara
mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).
Menurut Imam
ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu Sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari
atau dua hari sebelum Ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275).
Namun, menurut ulama dikecuali larangan tersebut
daripada tiga orang;
1. Orang yang
meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya'ban masuk separuh kedua
(yakni sebelum 16 Sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 Sya'ban.
2. Orang yang
meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin dan khamis atau
puasa nabi Daud AS.
3. Puasa
qadha, nazar dan kaffarah.
Apa kata UAI;
Dari:Ustaz
Ahmad Adnan Fadzil,
No comments:
Post a Comment