Nampak gayanya
sesiapa yang perlukan perkhidmatan teksi, terpaksalah kena keluarkan buget lebih
sikit, kerana para pemandu teksi dah hidup dalam kesempitan. Maka sebab itulah
tambang terpaksa dinaikkan menjadi bertambah mahal yang sedia dah mahal.
Tak cukup
dengan jimatnya gunakan gas NGV yang harga 68sen/liter. Diisi penuh cuma RM10,
dan boleh bergerak sejauh 180 hingga 200km, Jika nak dibandingkan dengan petrol
ron95 yang kini RM1.90/liter. Kira-kira kosnya baru 26sen/km. Jika RM10 / 180km, kosnya cuma 0.055sen? Mahal gila tu..
Para pengguna
jalanraya harap banyak bersabar kerana, jalanraya akan bertambah sesak dengan
kereta persendirian yang majoriti sebuah sorang itu. Cuba bayangkan contoh
penduduk KL sahaja yang kira-kita 7.2 juta orang.
Nak harapkan
bas? Sudahlah jadual tak menentu, alamatnya berwarna merahlah punch kad tiap
hari. Lihat saja hadapan LRT Wangsa Maju, berderet bas yang santai melepak. Itu
maknanya pengangkutan awam makin tenat. Elok-elok bas mini yang cekap
beroperasi itu, dihapuskan pulak.
Ini cara
pemandu teksi cari makan...
Kes 1;
(Pengalaman
sendiri) Tahun 1985, tambang dari Pudu Raya ke Jalan Bellamy KL, dicekik sampai
RM30. Harga biasa tak sampaipun RM5. Jika dibandingkan dengan Bas Sri Jaya No.13
yang Cuma 30sen ketika itu.
Kes 2;
Seorang kawan
boleh mendapat RM3000 sebulan dengan hanya menunggu depan Pasar Seni (Central
Market). Digasaknya Mat Saleh dan Pak Arab RM30 ke hotel yang Cuma tak sampai 3KM.
Bila minyak dah mahal !! |
No comments:
Post a Comment