Pertemuan Tun Dr Mahathir dengan ahli KelabCheDet |
PUTRAJAYA:
“Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam satu sesi dialog bersama
NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.
“Mereka akan
sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno
walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya. Bagi beliau, ahli
Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang
berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.
“Jika ketua
bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan
taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam
bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya
cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk,
lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi
menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.
“Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya
masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya
retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.
“Dulu waktu
saya jadi Presiden, MT Umno berdebat
sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga
saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis
mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.
Bagi beliau,
kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian
Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.
“Akibat
perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan
kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun
berlaku sekarang.
“Lihat sahaja
isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua
tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu
keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.
“DS Najib nak
jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak
bagus lagi,” dakwa Mahathir. Bagi
beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada
pihak lain. Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada
orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.
“Keadaan
bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan
sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus
Mahathir.
“Pemuda Umno
sekarang tidak semacam dulu,” ujar Tun
Mahathir. Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri
dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.
“Nak kira 700
undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.
“Kita kini
dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh
pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan
pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya
mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.
Tun Mahathir
juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih
kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya
terutamanya orang Cina. Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa
berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya. Walaupun DS Najib naik atas
tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk
dilayan, tambahnya.
Tentu sekali
pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan
dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain
hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja. Tun Mahathir juga turut
menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa
yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.
Kini GLC dan
beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu
sahaja yang Melayu ada.
“Adakah
sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir.
“Orang Melayu
yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi
malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang
Melayu," katanya. Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan
orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai
contoh.
“Orang Melayu
undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim
Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka
diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.
“BR1M akan
menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian
sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,”
kata Tun lagi.
“Saya Ultra
Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada
caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan
sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,”
kata Tun.
“Himpunan
besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina," ujarnya.
Akhir sekali
Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka
kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.
Dalam sesi
dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun,
tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di
perjelaskan di sini.
KelabCheDet
juga telah diberitahu oleh Tun tentang
hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta
pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu. Pertemuan di akhiri dengan pesanan
dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras
untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.
-harakahdaily.com
No comments:
Post a Comment