Saturday, July 20, 2013

Anak Jutawan Juga Terjebak

Nurin yang diabaikan 
Kebahagian seseorang tidak boleh dibeli dengan kemewahan. Ada orang yang hartanya melimpah ruah, namun kebahagian yang dicari tidak ditemui. 


Inilah ertinya bahagia;

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah.

Apalah ertinya hanya mengejar diniawi, dengan harta melimpah ruah, sedangkan tidak disedari sengaja menempah ke jalan kebinasaan.  Firman Allah yang maksudnya;

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”     [QS al-Munāfiqūn 63:9]

Tanggungjawab seorang Lelaki itu amatlah berat kerana mereka perlu bertanggungjawab ke atas segala perbuatan Isteri, Anak, Ibu, Kakak serta adik perempuannya. Jika berlaku kebaikan, maka beruntunglah dia, Jika berlaku sebaliknya, maka celakalah nasibnya. Wallahu a’lam.

Apa pula kata UAI;

@Aku berpesan terutama pada diri ini, moga sempat perbaiki dalam menampung mana ruang yang terlopong. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan lalai.


No comments:

Post a Comment