David
Cameron semalam berikrar untuk “mengeksport” perkahwinan sejenis ke seluruh
dunia ketika mengadakan parti meraikan kejayaan perundangan mengenai isu itu.
Menurut
Perdana Menteri Britain itu, kelulusan perundangan yang menghalalkan
perkahwinan sejenis di negara berkenaan menjadi kebanggaan peribadinya.
Bercakap kepada hadirin, Cameron berkata, Britain kini menjadi “tempat terbaik
di dunia bagi golongan gay, lesbian atau transgender (golongan yang menjalani
pembedahan menukar jantina).” “Secara peribadi saya berbangga dengan kejayaan
ini.
“Saya fikir ia
adalah langkah yang sangat baik dan pasukan yang mengelolakan proses kelulusan
undang-undang itu akan diberi tugasan semula kerana, sudah pasti, seluruh dunia
sedang menyaksikan ini dan kita menetapkan satu contoh bagaimana meluluskan
undang-undang yang baik pada waktu yang baik,” katanya.
Antara tetamu
majlis itu ialah penyampai BBC, Clare Balding dan teman wanitanya - bekas
penyampai berita - Alice Arnold.
Kata Cameron
banyak negara mahu meniru langkah Britain ketika ini.
“Saya bercakap
mengenai cara mengeksportnya dengan lebih. Justeru saya akan mengeksport pakar
penggubal undang-undang ini.
“Saya yakin
mereka mampu ke seluruh dunia,” katanya. Undang-undang mengenai perkahwinan
sejenis diluluskan Parlimen walaupun mendapat bantahan keras pembangkang,
termasuk ahli politik dari Parti Konservatif yang diwakili Cameron sendiri. -
Agensi.
@ Satu malapetaka akan muncul sebelum datangnya Dajjal.
Dipetik dari Wiki;
Sesetengah
pakar mempercayai bahawa wabak AIDS dikalangan homoseksual adalah punca riwayat
yang dikisahkan dalam kitab agama Ibrahim. Dipercayai sebagai cara memberentas
wabak tersebut, kesemua pesakit dan pelaku homoseksual telah dihukum bunuh
ketika itu, satu hukum keagamaan yang kekal sehingga kini.
Homoseksual
merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual
dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks,
perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.
Ayat 80, Surah
al-Araf (7), bermaksud,
“Dan Nabi Lut
juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun
dari penduduk alam ini sebelum kamu?”.
Ayat 81
bermaksud,
“Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas..
No comments:
Post a Comment