Wednesday, July 24, 2013

Perginya Primadona Filem Melayu Pelakon Umi Kalthum - Al-Fatihah

Pelakon veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun di rumah anak sulungnya di Saujana Melawati di sini hari ini.

Menurut cucunya yang enggan dikenali, neneknya itu didapati telah meninggal dunia sewaktu Allahyarham mahu dikejutkan untuk makan sahur pagi tadi.

Dalam pukul 4.30 pagi sewaktu kami mahu mengejutkan nenek makan sahur badan nenek sejuk dan kaku. Ketika itu dia sudahpun meninggal dunia," katanya semasa dihubungi di sini.

Allahyarham yang juga isteri kepada pelakon veteran Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan ibu penyanyi Noor Kumalasari itu meninggalkan lapan anak dan 16 cucu.

Jenazah arwah yang dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 18 Oktober 1932 itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate di sini sebelum solat zuhur. – UTUSAN

Apabila disebut saja nama Umi Kalthum, tentu kita masih ingat satu lakonan berkesannya dalam filem BPBM (1959) bersama Siti Tanjung Perak dan Latifah Omar. Adengan yang tak boleh lupa, Adengan buai Laju dan nak kawin dengan anak raja... best sangat!

Jom lihat sedutan dari filem itu;

Untuk tonton Full episod klik sini

Balasungkawa Buat Datin Umi Kalthum

Datin Hajjah Patimah Bte Bahudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan kelahiran Negeri Sembilan.

Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Keris Film yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.

Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Filem

Bawang Putih Bawang Merah (1959)
Dahlia
Buluh Perindu
Kampung Nelayan
Dang Anum
Tunang Pa' Dukun
Raden Mas (1959)
Yatim Mustapha (1961)
Laila Majnun (1962)
Filem Badang (1962)
Kalung Kenangan (1964)
Pontianak Gua Musang (1964)
Dosa Wanita (1967)
Bukan Salah Ibu Mengandong (1969)
Sial Wanita (1969)
Menanti Hari Esok (1977)
Esok Masih Ada (1979)
Abang (1981)
Esok Untuk Siapa (1982)
Ke Medan Jaya (1983)
Sumpahan Mahsuri (1989)
Syukur 21 (2000)



No comments:

Post a Comment