Friday, July 19, 2013

Abby Abadi Dalam Diam Sudah Bernikah Rupanya

Tahniah pada Abbay Abadi. Sejak heboh diperkatakan Abby sudah menemui pengganti Norman sejak berpisah pada 2008,  ibu 3 anak itu dikhabarkan telah menemui calon baru, Zul Ariffin, seorang pelakon baru meningkat naik. Alih-alih terkandas ditengah jalan. Akhirnya abby terlibat aktif dalam sebuah parti politik.
Abby & Zul
Akhirnya segala spekulasi yang tersebar luas di media masa terjawab jua hari ini. Diberitakan Abby Abadi, 35, telah membuat kenyataan melalui laman Instagram nya bahawa beliau telah bernikah dengan jejaka idaman, berumur 24 tahun yang dari Kelantan.
Abby & Farhan
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.
“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

“Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas itu berkata, beliau dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah pun mendirikan rumah tangga sejak 12 hari lalu.
"Ya. Kami sudah bernikah 12 hari lepas kenal. Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan.

"Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa. Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu)," kata janda beranak tiga itu.

@Syok gak dapat pucuk muda..Moga kekal sampai ke akhir hayat. Amin.



No comments:

Post a Comment