LONDON - Demi untuk kecantikan, seorang bekas
model terkenal di Britain sanggup membelanjakan kesemua harta bendanya dan
hidup dalam kesunyian semata-mata untuk menjalani pembedahan plastik.
Alicia Douvall telah membelanjakan lebih 1.5
juta pound (RM7.3 juta) untuk menjalani pembedahan plastik, sekali gus turut
hampir menyebabkan hubungannya dengan anak perempuannya musnah.
Akibat kemaruk untuk kelihatan seperti anak
patung Barbie, Douvall telah menjalani lebih 350 prosedur pembedahan, termasuk
memendekkan jari kakinya supaya kelihatan cantik ketika memakai selipar dua
tahun lalu.
Namun, pembedahan itu mengubahnya menjadi
Barbie yang cacat.
Sebelum |
"Pembedahan itu telah mengubah saya
menjadi seperti Frankenstein dan menyebabkan saya tidak mahu mengambil sebarang
gambar kerana berasa terlalu hodoh," katanya.
Douvall kemudiannya menulis hampir
berpuluh-puluh surat kepada pakar bedah plastik merayu mereka membaiki semula
wajahnya dan menemui dua pakar yang bersetuju melakukannya.
Dalam operasi selama sembilan jam yang
berisiko tinggi itu dan berharga 25,000 pound (RM121,867), dia berjaya
mendapatkan senyumannya semula.
"Mereka memaklumkan kepada saya operasi
ini mungkin akan menyebabkan saya tidak akan sedar lagi atau hasilnya
menyebabkan saya menjadi raksaksa.
"Namun, saya tidak kisah dan telah
bersedia untuk mengorbankan nyawa saya demi mendapatkan wajah saya seperti
dahulu semula," ujarnya.
Selepas |
Douvall mengakui ketaksuban menjalani
pembedahan plastik telah memusnahkan kehidupannya dengan setiap wang yang
dimilikinya akan dibelanjakan untuk perkara itu sehingga menyebabkan dia kini
tinggal di apartmen sewa dan tidak mempunyai pasangan hidup. - AGENSI
No comments:
Post a Comment