Seorang
perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di
Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di
internet.. Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan
kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria..
Identiti
perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara
(mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya dirahsiakan...
Wanita yang
berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo, mula menjadi
seorang penembak tepat setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu.
Kedua-dua anaknya
yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah
yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu. Perkara
itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad
tersebut.
“Saya suka
bertempur, saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas
dendam” ujarnya..
“Menembak
musuh membuatkan saya berasa lega.. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak,
saya sering berteriak ‘yes!’ katanya..
Meskipun dia
kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam
tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain.. Dia
kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan
yang pernah dia saksikan..
No comments:
Post a Comment