Memang
lazim budak2 tidak endah kepada larangan orang2 tua. Bahasa mudahnya DEGIL. Berbuih
dah mulut mak bapak berpesan. Kerana bahan letupan ini merbahaya jika
keselamatan diabaikan. Tambahan pulak berangan nak jadi seperti ‘Mac Gyver’ seorang
ginius serba boleh yang popular dalam siri TV satu ketika dahulu.
Wahai
adik2.., Janganlah bermain mercun!
KOTA
BHARU – Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan menyumbat
belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir
menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan ‘uji kajinya’ itu meletup
ketika berada dalam genggamannya.
Kejadian
yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu itu menyebabkan
mangsa, Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan jari manis, manakala
tapak tangannya turut terkoyak.
Mangsa
yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab
II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan kira-kira pukul
5 petang pada hari kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut
sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan perubatan yang merawatnya
bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang
payung itu tiba-tiba meletup.
“Menurut
mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang besi itu dan ketika
sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga terkena tangannya,” cerita
sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.
Foto Ngeri Akibat Mercun;
@Alahai adik2!, Jika sudah tiada tangan... macamana dengan masa depan??
No comments:
Post a Comment