Sunday, July 7, 2013

Di manakah Mursi ketika ini?




Dimana Murshi?
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah
Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir.

Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.

Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.

Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.

Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.

Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Penyokong Murshi terus berdoa
 
Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. 

Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.

Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.

Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.

Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.

Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950  selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan.

Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.

Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?

Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.

Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.

Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang  pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.

Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.

Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”

Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.

Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu.

Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan.

source:SH

No comments:

Post a Comment