Diriwayatkan
oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh seseorang dia
akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. Jika roh itu termasuk
daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan, Allah akan
berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan tempatnya di dalam
syurga”. Malaikat akan membawanya ke
dalam syurga. Apabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama
dengan jasadnya, ketika jasadnya
diusung ia boleh mendengar suara orang
yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.
Apabila disembahyang dan dikuburkan, pada masa itu
roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang
ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya
selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.
Amru bin Dinar
pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh
melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat
lain ditambah; dan dikatakan kepadanya ketika berada di atas katilnya,
“dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik
atau buruk”.
Dalam satu
riwayat lain dikatakan; Seorang bermimpi
bertemu dengan Muhammad bin Nabatah
setelah dia meningal dunia dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah
keatas kamu”, ia menjawab; “Allah menempatkan aku didepanNya dan bertanya
kepadaku; “Kamu adalah orang yang
membenarkan kata-kata mu semasa hidup di dunia, sehingga orang memujimu”, lalu
aku berkata; “maha suci Engkau Ya Allah
dan seterusnya aku mengajar mereka
tentang sifat-sifat Mu Yang Mulia dan mengajar mereka tentang ilmu
tauhid”.
Lalu Allah
berkata kepadaku; “Katakanlah seperti yang kamu katakan semasa di dunia”, aku pun berkata; “Dia, Allah s.w.t. akan
menghancurkan manusia sebagaimana Dia
menciptakannya, Dia akan menjadikan
manusia tidak bercakap sebagaiman Dia membuat manusia bercakap, Dia menciptakan
manusia sepertimana sebelum ini manusia tidak ada, Dia akan mengumpulkan
manusia sebagaimana Dia memisahkannya”, lalu Allah s.w.t. berkata; “Kamu benar,
pergilah! Aku telah mengampunimu”.
Begitu juga
dengan kata Mansur bin Imar, seorang bermimpi bertemu
dengannya setelah
meninggal dunia lalu dia pun bertanya; “Apakah yang Allah lakukan kepadamu?”,
ia menjawab: “Allah s.w.t. telah menempatkan aku didepanNya, lalu berkata; “Dengan
apa yang kamu datang kepadaKu wahai
Mansur?”, aku pun menjawab: “Dengan tiga puluh enam hujjah (alasan). Jawab
Allah; “Aku tidak terima walau pun satu hujjah”. Kemudian Allah bertanya lagi;
“Dengan apa yang kamu datang bertemu dengan Aku wahai Mansur?”. Dengan tiga
ratus enam puluh kali khatam al-Quran al-Karim”. Allah berkata lagi; “Aku tidak menerima satu pun dari khatammu
itu”, lalu Dia bertanya lagi; “Dengan apa kamu datang bertemuKu
wahai Mansur?”, aku menjawab, “
“Aku datang kepadaMu dengan Mu Ya
Allah”. Maka Allah s.w.t. pun menjawab ”Mahasuci
Allah, sekarang baru kau datang disisiKu, pergilah, Aku telah mengampunimu”.
Aallahu a‘lam.
Kuliah: Ustaz
Ya`ali Bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
No comments:
Post a Comment