Sunday, July 21, 2013

ADUN Meninggal Rahmat Buat Penduduk Kuala Besut




Tiap musibah yang melanda ada hikmah disebaliknya. Itu tidak dapat disangkal lagi. Itu kerja yang Maha Esa yang maha mengetahui atas segalanya. 

Begitu lah senario yang berlaku di Kuala Besut yang akan memilih seorang YB baru pada tanggal 15 Ramadhan 1434H bersamaan 24 Jul 2013M.

Sati pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. Ini musibah yang melanda keluarga dan sahabat handainya, namum satu rahmat pula kepada penduduk setempat.

Demi meraih simpati masyarakat setempat, nampaknya pihak pemerintah bersungguh-sungguh menabur pelbagai projek (projek mee segera) untuk mempengaruhi dan memenangi hati pengudi.

Maka, dimana nampaknya keikhlasan itu?. Ironinya segala projek tidak akan datang jika Dr A. Rahman Mokhtar masih hidup!

Projek segera di DUN Kuala Besut;

  • Peruntukan sebanyak RM35 juta untuk membuat empangan baru menggantikan Empangan Lowvier.
  • Projek mendalamkan Sungai Besut bernilai RM250 juta.
  • Projek membina pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out bernilai RM10 juta.
  • Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan,
  • Projek masjid terapung dengan kos RM12 juta.

Jika ditempat yang lain juga perlukan projek-projek sebegini, alangkan baiknya jika setiap bulan atau 3 bulan sekali ada saja YB yang meninggal dunia. Benarlah bagai dikata, dalam MUSIBAH ITU, ADA RAHMATNYA!

@Dengar khabar dari sahabat Cina, tiap penduduk Kuala Besut sudah dapat duit raya RM200 sorang!. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment