Wednesday, July 31, 2013

Kenali Siapa Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk lahir di Selanik (sekarang Thessaloniki) pada 12 March 1881 – meninggal di Istana Dolmabahce, Istanbul, Turki, pada 10 November 1938 pada umur 57 tahun), hingga 1934 namanya adalah Ghazi Mustafa Kamal Pasha.

Sebagai presiden pertama negara Turki, Mustafa Kamal memperkenalkan pembaruan yang menyeluruh dan berusaha mencipta sebuah negara moden yang sekular. Menurut Nama Keluarga, Majlis Agung Turki memberikan kepada Mustafa Kamal nama "Ataturk" (yang bererti "Bapa Bangsa Turki") pada 24 November 1934.

Daripada buku-buku teks sejarah sebelum ini, beliau digambarkan atau sengaja digambarkan sebagai seorang pahlawan, hero dan negarawan yang hebat terunggul kerana berjaya meletakkan Turki sama taraf dan berkedudukan sebagai sebahagian negara Eropah, bukan lagi separuh Eropah atau separuh lagi Asia.

Malah kita perlu menganggap tindakannya menutup sekolah-sekolah agama di Turki dengan menggantikan sekolah-sekolah berasaskan moden dan sekular sebagai langkah yang tepat bagi memberikan wajah baru kepada Turki Baru dan Moden.

Begitu juga atas nama 'pembaharuan', Mustafa Kamal Ataturk melenyapkan pelbagai amalan dan budaya Turki sebelum ini. Antaranya, menukarkan hari cuti daripada hari Jumaat kepada hari Ahad, menggunakan kalendar Masihi menggantikan kalendar Hijrah dan sekurang-kurangnya laungan azan dibenarkan tetapi hendaklah dalam bahasa Turki menggantikan Bahasa Arab.

Namanya berjaya mengatasi nama pemerintah-pemerintah kesultanan dan khalifah Uthmaniah. Namun kelemahan pemerintah terakhir dalam Dinasti Khalifah Uthmaniah seperti Sultan Abdul Majid (1918-1924) yang berjaya menjadi mangsa tipu daya Mustafa Kamal Ataturk.

Sultan Abdul Majid diguling oleh Mustafa Kamal Ataturk dengan memperalatkan nama revolusi atas 'persetujuan' Ketua Majlis Rakyat yang dibentuk oleh Kamal Ataturk. Penubuhan Majlis itu sebenar tidak mendapat kebenaran dan restu Sultan sendiri.

Dalam sejarah yang sebenar kelicikan Mustafa Kamal Ataturk memang tiada tandingannya. Ini termasuk melancarkan peperangan 'palsu' dengan bersekongkol dengan pihak musuh supaya mereka berundur dan akhirnya beliau kononnya pulang sebagai wira dan layak mendapat gelaran tokoh Al Ghazi dan meminta dibayar ganjaran sebanyak tiga juta lira.

Tetapi dengan Sultan beliau kononnya menolak ganjaran sebanyak itu dengan alasan memahami situasi kewangan negara kesan dari peperangan.

Mustafa Kamal Ataturk sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau beroleh kuasa dan tamakkan kuasa. Beliau mengejar segala pangkat dan kedudukan dalam kerajaan dan tentera dan beliau mahu dilihat sebagai anak muda yang bangun dan bangkit bagi membebaskan Turki dan cengkaman pemerintah Kesultanan Uthmaniah.

Sedangkan Uthmaniah hanya mempertahankan kedudukan umat Islam, terutama sama sekali tidak akan menyerahkan Palestin kepada Yahudi tetapi semua itu pastinya menyebabkan pihak Barat dengan pengaruh-pengaruh Yahudi menjadi cacing kepanasan, tidak senang duduk.

Mereka berjaya memperalatkan Mustafa Kamal Ataturk menjadi boneka bagi memudahkan usaha-usaha mereka menjatuhkan pemerintah Islam dan pengaruh Islam itu sendiri.

Mustafa Kamal Ataturk benar-benar memudahkan lagi usaha-usaha jahat Barat untuk menakluk Turki yang empayarnya ketika itu sehingga mencakupi ke Wilayah Iraq dengan hasrat untuk mendapatkan Mousul yang kaya dengan hasil limpahan minyak itu.

Bagi Mustafa Kamal biarlah Mousul diserahkan kepada pihak British asalkan sahaja British mengundurkan tentera mereka dari Istanbul dan kononnya memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada Turki untuk rakyatnya memerintah sendiri.

Dengan alasan Turki belum ada kemampuan bagi menggali minyak di Mousul, maka biarkan sahaja jika British ingin mengambil Mousul itu.

Sukar digambarkan bagaimana Mustafa Kamal sanggup melakukan ini semua, sanggup menjual kepentingan negara sedangkan Turki selama ini menempuh zaman gemilang tanpa memerlukan campur tangan orang luar apa tah lagi pihak Barat.

Mungkinkah kerana sedikit sebanyak kerana faktor 'jenis' darah bangsa yang mengalir dalam dirinya?

Dizaman pemerintahannya, bayak perkara yang telah dilakukannya dan antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk :

[1].  Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
[2].  Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
[3].  Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
[4].  Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
[5].  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
[6].  Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
[7].  Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
[8].  Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
[9].  Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
[10].  Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
[11].  Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
[12].  Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
[13].  Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
[14].  Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
[15].  Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
[16].  Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
[17].  Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
[18].  Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

[1].  Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
[2].  Sakit jantung.
[3].  Penyakit darah tinggi.
[4].  Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

No comments:

Post a Comment