UTTAR PRADESH,
India - Seorang wanita di sebuah kampung
di sini dipaksa berkahwin dan menjadi mangsa rogol berkumpulan sebagai satu
'hukuman' ekoran adik lelakinya melarikan isteri orang. Wanita yang tidak
didedahkan identitinya itu diberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan abang
kepada kekasih adiknya sebagai tindakan membalas dendam atas perbuatan keji
mereka. Selepas dipaksa berkahwin, wanita malang itu turut menjadi mangsa rogol
beramai-ramai oleh adik-beradik suaminya.
Apa yang lebih
memeranjatkan, perbuatan kejam itu disokong golongan tua di perkampungan itu
yang menyifatkannya sebagai 'cara terbaik untuk membalas dendam'. Wanita itu
memberitahu polis bahawa dia terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan abang
kekasih adiknya kerana bimbang berlaku pertumpahan darah di perkampungan itu.
"Abang
ipar saya merogol saya tanpa belas kasihan, beberapa jam selepas saya
berkahwin. Bapa mertua saya mendakwa dia bersetuju dengan perkahwinan paksa ini
kerana ingin membalas dendam atas perbuatan adik saya yang melarikan
menantunya," katanya.
Selain dipaksa
berkahwin, wanita malang itu diminta membayar wang pampasan sebanyak 75,000
rupee (RM4,080) kepada keluarga mertuanya. Menurut jurucakap polis, Manzil
Saini, wanita malang itu dipaksa berkahwin pada 15 Februari lalu.
"Pada 21
Julai lalu, wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah suaminya dan
melaporkan kejadian itu kepada polis, kelmarin. "Kes telah dibuka dan
siasatan akan dilakukan secara terperinci," ujarnya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment