Sudahlah tidak
menghormati bulan puasa, seorang suami durjana tergamak merogol seorang gadis
lembam di depan isteri dan anak tunggalnya yang berusia tiga tahun di sebuah
rumah di Jalan Masjid, Kanchong Darat, Sabtu lalu.
Mangsa berusia
19 tahun berkenaan merupakan anak kepada kakak angkat suspek dan perbuatan
terkutuk itu dilakukan ketika suspek membawa isteri dan anak mereka singgah ke
rumah mangsa untuk berehat sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Menurutnya,
kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan suspek berusia 24 tahun itu
dikatakan rapat dengan keluarga mangsa serta sering mengunjungi rumahnya untuk
berehat. Mangsa yang tidak bekerja tinggal berseorangan pada hari kejadian
kerana ibunya keluar bekerja manakala adiknya tiada di rumah.
Menurut
mangsa, ketika kejadian suspek dan keluarganya berehat di ruang tamu sementara
menunggu ibunya pulang. Suspek membaringkan mangsa di atas tilam yang tersedia
di ruang tamu sebelum merogolnya di depan isterinya yang sedang leka bermain
dengan anak. Katanya, mangsa memaklumkan perbuatan jijik suspek itu kepada
ibunya dan wanita itu segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala
Langat.
Mangsa dibawa
ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut. Suspek yang
bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat latihan di Morib ditahan
Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Difahamkan isteri
suspek turut mempunyai masalah lembam.
No comments:
Post a Comment