Tuesday, August 20, 2013

Nasib Pembunuh Upahan


Georgetown: Polis mengesahkan lima lelaki yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong di sini, semalam, adalah pembunuh upahan yang terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Lokasi kejadian
Penjenayah berusia antara 21 hingga 31 tahun itu juga dikenal pasti ahli kumpulan kongsi gelap dan mereka bertindak mengikut arahan ketua untuk membunuh sasaran yang ditentukan.

“Mereka juga didapati terbabit dalam beberapa kejadian bunuh sebagai tindakan balas dendam berkemungkinan berkaitan perebutan kuasa dan wang.

“Mereka tidak tinggal satu tempat bagi mengelak daripada dikesan polis dan bergerak mengikut arahan dan sasaran,” kata Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, lima lelaki berusia 21 hingga 31 tahun itu ditembak mati ketika serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, IPK Pulau Pinang dan IPK Kedah di pangsapuri mewah Century Bay di Sungai Nibong, di sini.

Suspek dikatakan baru seminggu tinggal di pangsapuri berkenaan dan menyewa di kawasan eksklusif itu bagi melindungi kegiatan mereka.

Khalid berkata, suspek bertindak melepaskan tembakan terhadap anggota yang melakukan serbuan sebelum tembakan balas terpaksa dilakukan sebelum membunuh semuanya.





No comments:

Post a Comment