‘Malaysiaku
Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan
negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.
Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini
berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik
dan kesatuan negara bangsa.
“Tema ini
dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu
mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan
negara,” kata kenyataan itu.
Kementerian
itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih
menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan
negara.
Kata
kementerian itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara
akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini termasuklah Majlis Pelancaran
Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero,
Sungai Petani, Kedah.
Selain itu,
Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di
Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan
oleh Perbadanan Putrajaya.
Kata
kementerian itu, acara yang bermula pada jam 5 petang itu dimeriahkan dengan
Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.
Acara lain
termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan
persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pameran aset
pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga
akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.
Orang ramai
boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena
sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web
www.malaysiamerdeka.gov.my.
@Komen nama
abadi;
Banyak pihak
yang pertikai mengatakan rakyat malaysia generasi baru kurang menghayati hari
kemerdekaan. Ini kerana tidak (banyak) terdapat lagi individu yang memasang
bendera di kenderaan mereka, seperti 7 tahun lalu.
Diperturunkan
beberapa sebab kenapa fenomena itu berlaku. Pertamanya, banyak syarikat stesen petrol
pump menghadiahkan satu bendera apabila pelanggan membeli petrol atau diesel minima
RM20 di stesen mereka. Itu yang bagusnya. Yang tak bagusnya, di tahun-tahun
yang berikutnya, banyak pula kedai yang menjual bendera ini dengan harga RM2.
Apa yang menyedihkan, kualitinya amat mendukacitakan.
Jika anda
melalui di jalan MR1 atau MR2, terdapat bergelimpangan bendera ini di tengah
jalan. Tercabut ditiup angin. Inikah yang dikatakan penghormatan?. Melihat
bendera Malaysia kebangganku dilenyek oleh berjuta tayar kenderaan hingga lunyai!
Sepatutnya
pihak penganjur berfikir bagaimana orang muda berfikir. Ingin mencadangkan,
Lantiklah stesen radio yang banyak pengaruhnya seperti Hot FM atau Era FM
sebagai Duta Hari Kemerdekaan, kerana stesen radio swasta ini banyak pengikutnya.
Jelajah disemua Shopping Complex di seluruh Malaysia. Mereka ini kreatif dengan
menganjurkan berbagai kuiz atau umpanya. Yang bernasib baik hadiahkan T-Shirt
yang ada logo ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah
Tumpahnya Darahku’. Peruntukan berjuta-juta kemana perginya?.
Tema pada tahun
2012, langsung tak kena., kerana ada unsur politik. Apa temanya?. ‘Janji
ditepati’. Siap ada lambang 1Malaysia lagi. Lambang
1Malaysia telah digunakan oleh sebuah parti politik dalam poster dan Baju semasa kempen pada PRU13
lepas. Mesti diingat bukan semua orang minat berpolitik!
Logo dan tema yang digunakan disemua negeri Pakatan Rakyat untuk tahun 2012 kali ke55.
Lihat bagaimana
mereka cara mereka ini ‘menghormati’ bendera;
No comments:
Post a Comment