Wednesday, August 21, 2013

Tragedi berdarah Masjid Al-Fath, Kaherah


KAHERAH: Tembakan serta gas pemedih mata juga dilempar kedalam masjid ini bagi memaksa mereka yang berlindung didalam maslid agar keluar dari masjid dan menyerah diri. Ini termasuk juga doktor-doktor yang bertugas merawat mereka yang cedera ditembak.

Inilah masjid Al-Fath yang terletak di daerah Remsis, di tengah-tengah kota Kaherah. Ia kini menjadi lambang kezaliman junta tentera yang menyerang dan membunuh lebih 100 rakyat awam yang tidak berdosa. Rakyat awam yang terperangkap dalam himpunan telah di kepung hampir 48 jam oleh tentera junta yang menggunakan samseng-samseng bagi membunuh mereka yang berada didalam masjid itu.

Menurut saksi-saksi, kawasan masjid ini pada mulanya menghimpunkan penyokong-penyokong presiden Morsi sebaik sahaja solat Jumaat selesai. Ia juga menjadi ‘hospital sementara’ bagi merawat mereka yang cedera dalam himpunan aman yang diadakan bagi menbantah pembunuhan dan peristiwa berdarah di Rabaa Adawiyah.

Namun hospital sementara ini tiba-tiba bertukar menjadi ‘rumah mayat’ apabila berpuluh-puluh jenazah rakyat awam yang ditembak oleh junta tentera dipindahkan disini. Ia juga menjadi tempat perlindungan ratusan wanita dan kanak-kanak yang terkepung akibat serangan samseng-samseng yang diupah.

Tembakan serta gas pemedih mata juga dilempar kedalam masjid ini bagi memaksa mereka yang berlindung didalam maslid agar keluar dari masjid dan menyerah diri. Ini termasuk juga doktor-doktor yang bertugas merawat mereka yang cedera ditembak.

Sementara itu, beratus-ratus samseng-samseng yan bersenjatakan kayu dan senjata tajam dibiarkan bergerak bebas mengepung masjid ini bagi menyerang mereka yang berada didalam masjid.

Setelah hampir 48 jam terkepung, wanita-wanita dan kanak-kanak akhirnya berjaya dibebaskan. Namun  pihak tentera telah menangkap pemuda-pemuda yang berada didalam masjid dan membawa mereka ke penjara dengan menggunakan truk-truk polis.

Lebih malang lagi, dianggarkan 40 orang awam yang sedang dibawa ke balai polis telah meninggal dunia akibat di tembak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata dilemparkan kedalam truk polis yang berkunci. Alasan mudah yang diberikan oleh pihak junta tentera adalah mereka telah di serang oleh terroris di dalam perjalanan.

Masjid Al-Fath kini terkunci rapat dan dikawal ketat oleh polis dan tentera. Namun ia tidak henti-henti di kunjungi oleh rakyat awam yang mahu melihat sendiri siri kekejaman yang dilakukan junta tentera ini.

No comments:

Post a Comment