PERSOALAN sama ada
‘mimpi indah’ bertemu Barcelona bakal bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ hanya
boleh dijawab sendiri skuad Harimau Malaya malam ini.
Apa tidaknya, skuad
The Catalan seakan-akan sudah melaungkan amaran betapa mereka tidak akan
memberi belas ihsan kepada Harimau Malaya selepas membelasah kelab Brazil,
Santos dengan kemenangan bergaya 8-0 baru-baru ini.
Kelmarin, skuad
kendalian Gerard Martino juga bermaharajalela di Stadium Rajamangala, Bangkok
apabila ‘mengerjakan’ skuad Bawah 23 tahun Thailand 7-1 hasil jaringan hatrik
Pedro Rodriguez, Lionel Messi (dua gol) manakala Neymar dan Alexis Sanchez
masing-masing menyumbat satu gol.
Kemenangan besar
Barcelona dalam kedua-dua perlawanan itu jelas memberikan isyarat awal kepada
skuad kendalian Datuk K. Rajagobal yang seolah-olah dilihat menunggu masa untuk
menjadi mangsa seterusnya.
Bintang The Catalan
janji saji rentak menghiburkan AKSI terbaik dan menghiburkan demi peminat
Barcelona di Malaysia!
Itu janji barisan
bintang The Catalan menjelang aksi persahabatan menentang Harimau Malaya di
Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Apa
kata pemain Bintang The Catalan?
“Peluang beraksi
lebih dekat dengan penyokong Barcelona di negara ini sememangnya mengujakan. Malaysia
sebuah negara yang mempersonakan. Tidak mustahil saya akan menamatkan karier
saya di sini. Namun, saya baru berusia 26 tahun dan belum terfikir untuk
bersara," - Cesc Fabregas.
"Pencapaian kami
musim lalu sudah cukup hebat, jika kami berjaya mengulanginya musim ini, sudah
tentu ia sesuatu yang cukup sensasi," - Lionel Messi.
"Perasaan
dikelilingi peminat Barcelona dari seluruh dunia sememangnya indah. Sejujurnya,
saya tidak sabar bergandingan dengan pemain terbaik di dunia seperti Messi,
Xavi, Andres Iniesta dan juga Fabregas," - Neymar.
Apa pula
kata pemain Skuad Harimau?
“Saya tidak peduli
keputusan perlawanan Barcelona dalam dua perlawanan sebelum ini. Apa yang saya tahu,
saya mahu membalas kepercayaan jurulatih (Datuk K. Rajagobal) selepas tidak
diturunkan ketika berdepan Chelsea sebelum ini,” – Wan Zack Haikal.
“Saya akan
memberikan yang terbaik biarpun sudah tentu ia perlawanan yang paling sukar
dalam karier saya,” - Aidil Zakuan Razak.
“Jika berjaya
menjaringkan gol ia dianggap bonus, namun saya tidak akan melupakan
tanggungjawab saya merantai pergerakan penyerang lawan habis-habisan,” - Muhamad
Fadhli Shas.
@apapun dalam
permainan ada tipu helahnya, kita lihat pula siapa yang pandai bermain silap
mata!. Walaupun dikatakan umpama langit dan bumi, Selagi pemain menunjukkan kesungguhan, semangat berpasukan tinggi dan
bermain mengikut perencanaan, walaupun tewas 100 berbalas 0, tidak ada apa yang
harus dimalukan! Ayuh Harimau... jangan ada perkataan ‘menyerah kalah’ dalam
kamus anda dan jangan memalukan BELANG itu sendiri!
No comments:
Post a Comment